Sunday, September 11, 2011

Puasaku..

Banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang bulan puasa dan syawal tahun ini. Draft pun banyak dah buat Cuma tak sempat post je..Baiklah mari mulakan dengan bulan puasa. Puasa tahun ni tak berapa menghairahkan saya. Mungkin bagi sesetengah orang puasa tahun ni paling menggembirakan dan menyeronokkan. Tahniah kepada anda! Saya berharap pada tahun hadapan puasa saya akan menjadi paling terindah. Insyaallah.. Ada beberapa hari yang saya jatuh sakit. Namun saya gagahkan juga diri untuk mengajar dan berpuasa seperti biasa. LWH juga tidak dapat berpuasa seperti tahun lepas kerana terlalu sibuk dengan kerja dan telah ke luar Negara beberapa hari atas komitmen kerja. Jangan salah faham ye, LWH bukan Muslim. Saya melatih dia untuk berpuasa agar dia tidak kekok nanti. Puasa tahun ini saya yakin banyak kelainan bagi kawan-kawan saya especially yang telah berkahwin. Ada di antara mereka yang sudah beranak-pinak dan ada yang sedang menanti kelahiran pertama. Apa-apapun tahniah kepada kawan-kawan saya. Turn saya mungkin lambat lagi kot hahaha…

Sejak bekerja ni banyak tanggungjawab yang terpaksa saya pikul terutama sekali terhadap adik-adik. Adik yang kat Bali tak pernah-pernah minta duit pun, dah mula minta erm..Yang paling penting sekali, saya dah mula membayar hutang piutang saya. Hati dah mula riang sikit hehehe…

p/s: Baru contact balik dengan senior abang Brian yang telah terputus hubungan hampir 2 tahun. Tau-tau dah dapat anak. Apa-apapun tahniah kepada abang Brian atas kelahiran anak pertama Ziyaad as-Solihin (bunyi arab2 gitu-kata si bapak) haha..

No comments: