Friday, June 3, 2011

The Worst Friend Ever!

Banyak benda kot nak citer kat korang pengalaman-pengalaman saya sepanjang bercuti ni..Actually, walaupun dah habis belajar tapi still banyak benda kena settle. Nak jilid research lagi, settlle kan hal keluar rumah sewa lagi..But for now, nak kongsi pengalaman tentang seorang kawan yang hampeh! Kalau nak cakap pasal kawan yang hampeh, memang banyak kot. So pilih yang paling hampeh & korang rasa menyesal kenal. Boleh gitu???
Korang pernah tak ada kawan yang sangat menyakitkan hati sampai korang rasa menyesal kenal dengan dia?? I had one! Bukan nak kata apala..She is from Kelantan. Saya memang ada masalah dengan orang Kelantan ni. Seriusly tak suka giler dengan orang-orang dari Kelantan. Actually, it’s only her and her friends. So, it will not be overgeneralized to all Kelantanese. Ada juga orang Kelantan yang baik and sangat baik mungkin saya belum pernah jumpa.

This girl sangat menyakitkan hati. Cakap lepas memang tak reti nak jaga hati orang la. Kira hati dia ja. Janji dia puas hati. Korang tau, semua orang pun akan bergaduh sebab mulut jahat dia. Even she admitted about her mouth. Seriusly benci giler kat dia! Hari-hari saya akan makan hati. Baru-baru ni, dia selalu bawa seorang kawan balik. Her friend is also from Kelantan. At first, I was ok sebab bawa sekejap-sekejap je. Takda masalah la kan..Kawan-kawan saya pun pernah datang. Tapi bila lama-lama, rasa macam kerap pulak datang. One of my housemates pun pernah tanya, “Dia ada lagi ke? Tak balik lagi ke?”, “Haish rumah bersama sangat!

This girl boleh lak merungut, “Aku nak tanya ko pasa bil elektrik. Boleh tahan gak eh bil kita?” Dalam hati, saya memang nak je kata, “Mana tak boleh tahan, dah duk berempat” (sebenarnya rumah dikongsi 3 orang ja). Yang kawan dia lak 1 hal. Rumah orang buat macam rumah sendiri. Boleh tak dorang masak-masak (padahal guna dapur saya punya), then makan depan kitorang tapi tak ajak pun. Bukanlah saya teringin sangat nak makanan tu tapi biarlah ada adab sikit kan?? Tak cukup ajaran kah budak2 ni??Hemm..

Kalau nak ikutkan, kalau ahli rumah nak bawa kawan-kawan datang rumah especially nak tumpang tidur, kenalah minta kebenaran ahli rumah yang lain kan? Tak pun inform la nak bawa kawan and sebagai tetamu pulak sepatutnya nak masuk rumah orang kena ketuk pintu dulu 3 kali. Kalau takda orang buka or jawab, kenala balik kan? Tapi dalam kes saya ni, bukan setakat ketuk pintu pun tak, kawan saya tu siap tinggalkan kunci rumah dekat kawan dia tu. Tak rasa hangin ka??Kalau hilang barang apa-apa??

Tak lama lepas tu, saya nampak kawan dia tu angkut barang tinggal kat rumah saya. Saya pun tanyala kat housemate yang sorang lagi tu. Then, dia kata budak tu nak pindah masuk rumah. WHAT?? Ko tak tanya haku pun! Ko cuma minta kebenaran kat sorang ja, tu pun my housemate cakap dia call tanya. Ko memang tak beradab! Sampai sekarang pun dia tak cakap cuma my friend kata dia nak share bayar sewa rumah. I just okay memang patut pun sebab lama kot ko tumpang rumah kitorang. Yang kawan rumah tu pun bukan nak inform kat kitorang. Ko patut bagitaula.. Bukan rumah ko sorang. Ko pun bayar sewa sama je dengan kitorang.

Satu lagi perangai kawan budak rumah saya ni, dia tak suka tutup lampu especially lampu toilet. Bila keluar rumah lak, tak reti nak tutup kipas. Berlagak tu takyah cakapla. Dengan haku memang tak pernah tegur. Adoii!!!! Umah aku kot! Pastu kes lupa ni berjangkit kat member haku. Tak pernah-pernah dia jadi pelupa, sekarang dia pun jadi lupa tutup air. Bagus!! Bulan ni bil air & bil api kita tengok. Banyak lagila benda-benda yang menunjukkan keburukan dia.

Baru-baru ni saya dapat tau yang dia curi line internet umah. Kawan haku tu memang pernah minta password tapi dia tak share. Saya tak kisah sangatla dia nak guna internet tu sebab saya dulu pun pernah pinjam broadband dia. Tapi yang haku nak bengang ni, kawan dia pun curi sekali! Apa salahnya kalau minta kebenaran?? Bukannya kami nak kata tak boleh kan? Pagi-pagi memang haku perasanla, dia akan mengadap laptop tengok youtube. Ko memang takda manners kan!! Tapi tak lama lepas tu dia ada cakap kat housemate haku yang sorang lagi dia nak bayar sekali steamyx untuk bulan ni. Tapi kalau haku jadi dia, mesti haku tanya, “Tau tak password? Eh mana dapat password? Dah lama guna?? Tak tahu pun…!

Baru-baru ni, saya dapat tahu bekas kawan saya tu nak saman her supervisor (sv). Katanya sv tu melanggar isu yang dia je tahu. Yang haku nak bengang tu, membabitkan haku sekali sebab sv dia sama dengan haku. Kat fb, macam-macam la dia merepek. Memang tak tahanla ada kawan macam dia. Memandangkan dia pernah berjasa kepada saya so, saya pendamkan saja rasa sakit hati ni sepanjang saya belajar. Sekarang ni ja rasa nak luahkan semua. Mungkin Allah nak uji kesabaran saya. Semoga tak jumpa lagi dengan orang sebegini. SAKITNYA HATI SAYA!!!!!!

No comments: