Friday, November 5, 2010

Penceroboh dekat kampung

Even I’m not rich, not pretty, not brilliant and not tall (eh tetiba..), but I think my life has been blessed. Whenever I don’t have money, God gives me ways to find it, when I’m not happy, God helps me to laugh and when I have a problem, God will settle it for me. Saya juga sangat disayangi oleh kedua ibubapa saya dan boifren terchenta (ok out now!!) Jadi takda sebab kenapa saya tidak menghargai kehidupan ini. Hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Pengajarannya, janganlah terlalu gembira dengan apa yang kita ada sebab semua benda tu tak kekal. (apa yang aku merepek ni?)

Actually saya nak cerita tentang kejadian yang menimpa seorang lelaki yang berasal dari Perak dan telah berkahwin dengan seorang wanita dari kampung saya Sik, Kedah. Lelaki ni memang pernah buat hal pecah masuk rumah orang, kedai orang even jiran sebelah rumah. Kelmarin, lebih kurang pukul 7pagi, lelaki ini sekali lagi melakukan kerja jahatnya itu (orang sekeliling pun tahu asal dia balik je mesti ada kes yang dia buat). Mungkin pada pendapat dia, tiada orang ketika itu. Namun malang bagi si lelaki apabila tuan rumah yang baru hendak mandi ternampak kelibat lelaki tersebut. Dengan hanya bertuala dia menjerit dan mengejar lelaki tadi (orang kata sampai terlondeh kain tuala tersebut tapi dia tak sedar *malu ah*). Orang ramai yang mengetahui kejadian tersebut berpusu-pusu pergi melihat. Ada yang sakit hati terus membelasah pencuri tersebut. Dia sebenarnya belum sempat mengambil apa-apa barang tapi Allah telah berfirman, walaupun hanya berniat jahat kita tetap akan mendapat balasan. Jadi janganlah berniat jahat dan berburuk sangka kepada orang. Tak baik tau!! Saya pun baru tahu bahawa polis sebenarnya tak kisah orang ramai ingin memukul pesalah tetapi jangan sampai mati saja. Teruk macam mana pun takpa sebab itula lelaki tadi sampai berdarah kepala. Orang yang takda kena mengena pun pi belasah sekali. Ada ka patut??? Kalau orang yang terlibat kita bolehla terima sebab dia geram kan? Pencuri tersebut dihantar ke hospital dengan ambulans. 
Keesokan harinya, orang kampung riuh bercakap pasal penceroboh tersebut dan ada yang kata dia dh meninggal dunia tapi takpun.  Abah saya cakap mesti dia pakai ilmu apa-apa sebab dah teruk kena belasah pun masih okay. To me dah belum ajal dan mungkin Allah nak bagi peluang untuk dia bertaubat. Jadi kepada sesiapa yang berniat untuk mengambil langkah mudah mendapatkan duit, silalah berfikir berjuta kali dahulu sebab langkah anda tu tak semestinya mudah kerana kalau tertangkap banyak masalah yang akan anda hadapi. Dahla bahaya, nak kena berjawab dengan Allah pulak tu??? Dekat dunia dah terseksa, dekat akhirat apatah lagi…Wallahu`alam..

No comments: