Wednesday, November 24, 2010

Best ke Hong Kong?

Sebelum pergi HK, saya selalu cakap dengan diri sendiri, “takpa satu hari nanti aku mesti pergi juga!” Tak sangka pula peluang datang dengan cepat sekali. Saya ke HK selama 5 hari 4 malam dan hampir 70% tempat pelancongan di sana telah saya kunjungi. Pergerakan di HK sangat mudah kerana setiap tempat dihubung menggunakan train (like LRT tu). The train station is called METRO station and it’s very easy to reach the stations.

Map at each station


    It's better to use travel card (like touch&go) when travelling

Kat Hong Kong agak susah untuk dapatkan makanan halal. Saya makan keropok and minum jus ja sepanjang kat sana. Pernah sekali try makan Maggie sebab lapar sangat, dah check ingredient dia sumer tapi maybe overlook tup2 ada pork dalam ingredient tersebut. OMG!!! I dah makan okeh!! From that on, terus takda mood nak makan apa-apa..Perut pun rasa lain macam je. I wonder la people yang suka makan benda-benda haram such as alcohols, drugs, makanan dari kerja yang haram tu..Tak rasa berdosakah?? 

Banyak destinasi yang telah saya lawati di Hong Kong (alang-alang dah pergi kan, baik melawat sampai habis =D). I went to Disneyland, Ocean Park, Peak Tram, Tsim Sha Shui, Kowloon, semua la..Perkara yang tak boleh lupa sekali, hanya saya seorang je yang bertudung kat sana. Dari Shenzhen, HK hingga ke Macau memang semua orang pandang saya dengan muka pelik..Ada seorang uncle tu dengan loghat mandarinnya dia cakap “Ni kan, kan” which means “kamu tengok that girl”. Like I care la kan?? Tapi masa nak keluar dari HK, terjumpa lak 2 3 orang yang bertudung. Rasanya orang Indonesia. Then, I cakap kat kawan, “Dah nak balik baru jumpa orang yang bertudung”. Sama juga masa di Macau, kat airport baru nampak sorang makcik bertudung nak balik KL juga. Tetiba, jumpa lak Shasha Bashir kat airport tu. Nak balik KL gak, Dia mungkin pergi buat pengambaran kat Macau tapi tak pulak terserempak masa kat sana, nak balik baru nampak. Kawan cakap dia pergi gambling kot! Tak mungkinla..

Ni untuk peringatan anda, kalau nak pergi HK silalah book hotel awal-awal. Jangan harapkan pergi sana baru nak cari ye..Memang susah! Tambah pula kalau time anda pergi tu festive season. Mencari sampai pagila jawabnya. Dari pukul 6p.m. sampai pukul 5a.m. kami mencari bilik untuk tinggal. Nasibla orang-orang di sana sangat baik dan helpful. Akhirnya kami jumpa juga hotel budget yang kosong and cost HK500 per day/ RM205. Mahal juga untuk bilik yang sangat kecil dengan harga tersebut tapi memang itulah keadaan dan cara hidup di sana. Yang kaya, sangat kaya dan yang miskin sangat miskin. Bayangkan anda boleh nampak sport cars like Ferrari, Lamborghini, and Mercedes kat tepi-tepi jalan je..Dorang ni pulak suka kereta yang 2 pintu jah. Saya rasa sangat membazir!! Tapi kalau yang miskin, sampai takda rumah. Kesian sangat. Other thing, dorang ni sangat rajin. Kebanyakkan mereka suka berniaga. Jadi, kedai dibuka seawal pukul5 pagi dan tutup selewat 1 pagi. 4 jam je tidur iskh2..

No comments: