Siapa tahu
Pada mulanya kami tersalah rumah. Yela nama pun orang KEDAH murtad, so banyakla tempat yang kami tak tahu. Setakat tahu alamat belum tentu akan sampai ke tempat yang hendak dituju. Malu tu takla malu sangat buat biasa sudah. Eceh.. Kami pun meredah semua kawasan setelah menelefon kawan dan bertanyakan jalan ke rumahnya. Konon nak buat surprise,,
Comel si anak yang diberi nama Puteri Nur Umairah Syahadah. Mak aii panjangya! Macam dah takkan dapat anak perempuan je lagi. Biasala
Kakak ipar Intan (Kak Lina) ni ramah orangnya. Pengalamannya sepanjang mengandungkan anak memang sedih. Walaupun baru berumur 24 tahun, dia sudah 3 kali mengandung. Kali pertama mengandung dia keguguran akibat kecuaian pihak hospital. Dia kata ketika pergi untuk pemeriksa, dia asma tapi pihak hospital lambat memberi rawatan sehingga menyebabkan bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Bayi disahkan meninggal di dalam kandungan. Ketika mengandungkan anak kedua, dia berasa sangat sakit. Jururawat dan doktor yang merawat menyangkakan Kak Lina sakit hendak bersalin tetapi apabila membuat scanning, mereka mendapati terdapat uri di dalam perut yang sudah bernanah. Uri tersebut adalah uri bayi pertama yang tidak dibuang habis. Kak Lina menghadapi risiko 50-50 untuk memiliki anak kedua. Namun tuhan menyebelahi Kak Lina. Setelah kehilangan anak pertama, Kak Lina diberikan peluang untuk memelihara anak keduanya. Pihak hospital masih melakukan kelalaian ketiga Kak Lina ingin melahirkan anak ketiga. Sebenarnya Kak Lina ingin melahirkan anaknya di clinic swasta namun setelah melakukan rawatan biasa di hospital kerajaan, Kak Lina sudah boleh melahirkan anaknya. Ibu Kak Lina memujuk supaya melahirkan saja anak itu di hospital tersebut dan Kak Lina akhirnya setuju. Malangnya Kak Lina sekali lagi diuji, kepala bayinya sudah keluar 10 minit namun doktor dan jururawat membiarkan sahaja. Setelah Kak Lina menjerit barulah mereka memeriksa Kak Lina. Mereka sangka Kak Lina menjerit kerana tidak tahan sakit untuk bersalin. Teruk betul pengurusan hospital kerajaan ni. Saya rasa, pengarah hospital perlu membuat sesuatu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sudah banyak kali saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Perkara yang paling membuatkan saya benci untuk ke hospital kerajaan adalah terpaksa membuat temujanji terlebih dahulu dan temujanji tersebut memakan masa yang lama. Kadang-kadang sampai 2 3 kali temujanji. Penyakit tu pun entah-entah dah sembuh tak pun jadi lebih teruk. Nak pergi swasta selalu tak mampu lak.
Hati selalu bertanya, dari bercinta teruk-teruk baik kahwin je seperti kakak ipar Intan, dia kata dia bercinta selepas kahwin. Nampak bahagia juga. Mungkin lain orang, lain rezekinya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa agar diberikan yang terbaik.