Monday, December 5, 2011

Politeknik Arau.

Dah hampir 3 minggu saya berkhidmat di Politeknik Arau. Saya ditempatkan di Jabatan Pengajian Am (JPA) bersama Pegawai-pegawai Agama (ustaz2 dan ustazah2 you all). Suasana di sini agak berbeza dengan tempat lama saya kerana banyak kursus yang perlu saya hadiri dan ditambah pula dengan rakan-rakan sekerja yang baru. Takda seorang pun rakan semasa belajar. Ketua Jabatan dan Ketua Unit semua ok.

Di sini, saya diberikan kuarters yang boleh tahan besar (5 bilik you all!! Siap dengan perabot bagai. Meja makan kat dapur pun ada). But of course elaun perumahan akan dipotong untuk 1 rumah. Kalau share dengan kawan untungla sikit. Tapi kuarter belum dapat lagi so buat sementara waktu, saya tinggal di rumah tamu. Lagi besar you all ada 6 bilik!!! 

Buat masa sekarang masih takda apa-apa yang boleh dilakukan. Hanya surf internet and borak-borak dengan rakan sekerja. Class akan bermula hujung bulan 12. Kehidupan tak banyak berbeza. Masuk kerja pukul 8a.m, balik kul 5p.m. Then, balik rumah mandi. Kalau letih tidur, kalau tak surf internet lagi takpun pergi bilik member tengok tv. Yang bestnya, member saya tu ada anak kecil (setahun lebih) so rutin harian say ada sedikit perubahan di mana saya akan bermain dengan Muhammad Mikail setiap hari. Yeayy!! Saya ni memang suka budak2. Even kat rumah pun, saya akan main dengan anak-anak buah yang ada. Selalu sangat cakap kat LWH yang saya suka budak. Dia buat bodoh je..Baiklah nanti saya akan buat entry pasal perkahwinan saya pulak~~

As for now, "Berkhidmat untuk bangsa dan negara!!!!"

No comments: