Friday, October 1, 2010

It's actually iPhone 3Gs..

My previous post about iPhone, I put 3G so bf tegur and said it's actually 3Gs..Saya sebenarnya taktau pun apa beza iPhone 3G and 3Gs..yang terbaru iPhone 4G. Yang pasti iPhone ni canggih dan mahal. Okay sesiapa yang mampu boleh beli. Saya tak mampu ='(

Sekarang ni dah mula bercuti selama 3 bulan sebelum semester akhir tahun depan. So,, kena get ready and prepare mental n physical untuk segala kebuzian.. Sometimes I wonder, adakah tahun hadapan saya akan menamatkan zaman bujang dengan si buah hati? Yesterday, my father knew about my relationship with LWH. Before this, memang abah tak suka habis tapi selepas dia tahu kebaikan si dia, abah pun macam dah boleh terima walaupun hati tak berapa suka. At least dia cakap "nasib kawan dengan Cina, kalau ____, abah memang tak bagi sampai bila-bila pun!" Tersenyum riang I tau!! Anyway, life is going smooth. Tengah tolong mak dengan bisnes kedai makan yang baru sangat dibuka. Disebabkan baru berpindah, jadi kami pun cuba benda baru. Kalau tak berhasil, sekurang-kurangnya dapat timba pengalaman betul x??

Last Day as a Trainee Teacher

It's been so long I have not updated my blog..Sorry readers out there. Entahla sama ada busy or malas. Actually dah buat draft untuk cerita yang nak di post tapi tak sempat lak nak edit. By the way, today nak cerita pasal hari terakhir bergelar seorang guru. My last day as a trainee teacher was quite _______(what to say,,fun?sad?smooth?). Pejam celik pejam celik dah 24hb9. Alhamdulillah dah settle practicum. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Students pun kata macam tu. “Sekejap je teacher”. Padahal dah 3 bulan okeh~ I’m so glad that I’ve done my job very well (hopefully). Semoga saya telah melakukan sesuatu yang terbaik dan tak meninggalkan kesan yang negative terhadap semua pihak di SMKTM ni. Semua perkara yang saya lakukan adalah ikhlas dan harap-harap mereka pun menerima apa yang telah saya lakukan dengan ikhlas. Sangat banyak input yang saya dapat sepanjang menjadi guru pelatih di sini dan yang paling tak dapat dilupakan adalah saat bersama pelajar-pelajar saya. Gonna miss you guys xoxo..

Form4 Omega

With some of the Form1 Arif students
(Tak sempat nak ambil gambar beramai-ramai 
sebab only have 1 period. Plus, they made a 
suprised party for me. Tq semua..)

Dalam kegembiraan yang terpancar, terdapat juga kebimbangan dan kegelisahan di hati ini. Rancangan untuk ke Macau, Shenzhen dan Hong Kong mungkin terpaksa dibatalkan kerana post practicum akan diadakan pada tarikh yang sama saya nak ke sana. Oleh itu, saya dengan segala usaha yang ada cuba berbincang  dengan lecturer supaya consider dengan masalah tersebut. Mesti sangat terkilan kalau tak dapat pergi sebab akan kerugian yang tak sikit. Siap buat biskut raya bagi lagi haha..~At last lecturer cakap okay. Dia bagi  assignment suruh buat di rumah and submit before post prac sebenar. HONGKONG I'm coming!!! =) 

Monday, September 20, 2010

iPhone 3G

Anda ada tak gadget yang mahal tapi taktau guna?Baru-baru bf pinjamkan iPhone 3G dia kepada saya konon nak try la handphone mahal kan..tapi memang taktau gunala..terhegeh-hegeh juga nak belajar menaip message and call orang. Number phone dari simcard memang taktau cari langsung sampai sekarang. So, kepada kawan-kawan yang ada msg or call, saya pandai-pandai agak je siapa call hehe..Handphone kalau tak salah harga dia lebih RM2k++ tapi bf dapat free okeh~(macam mana boleh dapat free, biarlah rahsia). Tapi macam mana pun handphone ni agak menarik walaupun agak besar tapi best jugala. Lepas ni tak payahla lagi bawa laptop ke sekolah, iPhone dah ada. Bosan-bosan dalam kelas, I buka wifi (kantoi!!)
Tapi kan, 2 3 hari lepas saya ada online guna iPhone tu. Disebabkan buta teknologi dan kecanggihan gadget sekarang ni, bil telefon DIGI melambung sebab taktau nak log out iPhone tu..Nak dijadikan cerita, saya terus tukar sim dari DIGI ke MAXIS yang takda kredit tu..Pastu bf pun ajar macam mana nak log out. Belajar tapi tak berani juga guna. Yang, u amik balik la iPhone tu, bagi I phone lain boleh?

Tarra ini la model iPhone itu..

Wednesday, September 15, 2010

Raya

Dah lama tak tulis blog. Sangat busy okies+kat kampung takda internet~ Today nak cerita pengalaman berhari raya pada tahun ini. Memang lain sikit sebab saya berpindah rumah dari suasana bandar ke suasana kampung. Saya mula bercuti seminggu sebelum raya and pada tahun ni untuk pertama kalinya naik bus stop kat Sungai Petani. Sebelum ni mesti stop kat Alor Setar tapi sebab parents dah pindah ke Sik, Kedah jadi saya pun pindah la sekali. Yela takkan nak tinggal berasingan dengan parents lak kan? Sayang jauh sikit dari you okay?
Sampai kat rumah dah pagi and tak sempat bersahur pun kat rumah. Hari pertama pun dah bz. Kena jadi driver mak ke pasar awal-awal pagi. Then, tolong mak kat kedai makan sampai petang. Ahad saya ke Sungai Petani mengambil adik dari UiTM terus ke Alor Setar mengambil langsir dan barang-barang keperluan lain dari rumah. Isnin dah start buat kuih raya. Semua resepi yang saya download saya cuba buat sendiri. Contohnya, samperit, biskut cornflakes bermadu, biskut shortbread, biskut arab, biskut nestum dan chocolate chip. Walaupun tak jadi sangat tapi hasilnya agak memberangsangkan. First time buat biskut tak mungkin terus superb jadi kan?? Actually nak download sumer biskut-biskut tersebut tapi handphone ada kat LWH pulak so pictures will be posted later okay?

Monday, August 30, 2010

Manusia di akhir zaman...



Sesungguhnya, di akhir zaman nanti akan muncul orang-orang yang akan membawa fitnah untuk menyesatkan umat Islam di dunia ini. Oleh itu, jauhila dari mereka-meraka ini dan persiapkanlah diri dengan iman yang teguh. Astaghfirullahal'azim...

Tuesday, August 24, 2010

CINTA OH CINTA

Cinta oh cinta..Makin cinta makin indahnya..Bewarna-warni aneka cinta...(versi lagu dangdut). Dah lama tak buat entry cinta. Asyik nak maki company bus je tak pasal-pasal pahala puasa berkurang tahun ni. Okay sekarang mari Bercinta~ Di bulan Ramadhan ni jauhilah maksiat (sepatutnya bukan bulan Ramadhan je) dan perbanyakanlah amal ibadat kepada Allah dan kecintaan kepada sesama manusia. Eceh! My sayang is being so nice all this while. Walaupun dah lebih 2 bulan tak jumpa which is so long I feel, tapi setiap hari pun kami berbual. Takla rasa jauh sangat. Terima kasih teknologi dan DIGI (promote weh)! Sepanjang Ramadhan ni, LWH dah puasa sebanyak 7 hari WAH!!!Anda HEBAT (thumbs up)! My sayang juga sangat baik sebab telah menghadiahkan saya beberapa barangan yang cantik seperti tumbler and watch.

Let's see my new tumbler, tadaa!! 

Very nice isn’t it? This is given by my Sayang because he wants me to drink plenty of water. Since, I rarely bring water to school so he decided to buy a beautiful bottle so that I’ll want to bring water everyday. He wanted to give me the tumbler because last month I got sore throat and it took few weeks to recover. He thought that I did not drink plenty of water so it took so long to recover. Susah hati dia suara saya takda haha.. sakit hati sebab tak dapat bercakap dengan girlfriend untuk beberapa hari. Anyway I like it a lot. Thank you sayang! To those who are interested, you can get it from Tropicana boutique. Not that expensive. 
Watch pula dihadiahkan sempena birthday pada tahun ni. Even terlambat beberapa bulan tapi tak kisahla. Sangat bernilai buat saya sebab jam ini penting untuk menjadikan kita orang yang menepati masa. Taknakla cerita panjang pasal watch just have a look friends.
From Casio
(dah pakai pun)

Monday, August 23, 2010

Ini entry hampeh!

Seperti yang anda sedia maklum, tiket bus untuk balik raya telah naik lebih 10% which to me sangat MAHAL! Begitu juga dengan bus transnasional yang  mana pada tahun lepas, saya comment benda yang sama suka cekik darah.  Bagi sesiapa yang belum baca cuba click---(link).Tapi nak taknak, penumpang bus seperti saya ni has no choice terpaksa beli juga dengan harapan tiba di kampung halaman dengan selamatnya. However, this year I don’t take that bus to go home sebab tiket dah habis. Memandangkan tahun ini saya tidak lagi bekerja part time, jadi hujung minggu sangat terluang dan tak tahu nak buat apa. Jadi pergi ke rumah makcik di Seremban menjadi rutin mingguan. This semester, terpaksa melupakan hasrat shopping sakan even banyak sale and shopping raya because this year my little brother dah masuk university. Banyak belanja yang diperlukan plus I’m going to China this October yeayy!!

However, hanya bus transnasional yang ada trip ke Seremban setiap hari dan setiap 1 jam (ada juga setengah jam). So saya telah menjadi pemupang yang setia menaiki bus transnasional. Pada hari Jumaat yang lepas, saya sekali lagi menaiki transnasional ke Seremban (kan dah cakap penumpang setia). Tapi ini pertama kali saya menaiki bus ke Seremban pada pukul 3.30pm. Nak tahu, kami diberi bus yang buruk (bus trans kebanyakannya baru, besar dan selesa) dan sempit. Naik je bus, bau dia Ya Allah! Busuk! Dengan aircond dia rosak, bus pula penuh dengan penumpang. Sakitnya hati! Bus express ni anda taula kan tingkap dia kedap udara. Then, driver pegi tutup pintu pula, dah macam dalam tin sardin saya rasa. Memang tak boleh bernafas dalam tu. Naik je terus rasa sakit kepala. Dalam hati dah menyumpah seranah, “Dahla tiket mahal, dapat lak naik bus buruk macam ni. Lepas ni tak nak aku naik bus pukul 3.30pm lagi!” Terpaksa la kan cakap macam tu sebab kalau tak naik bus trans, bus lain takda ke Seremban. Nasib kami baik kerana hanya berada dalam keadaan begitu selama setengah jam. Driver bus membawa kami ke kawasan pakir bus dan menukar bus di sana. Agak selesa kerana aircond berfungsi dan bus sudah tidak berbau.

Nak tahu tak, kaunter transnasional di Melaka Central mengambil duit penumpang secara senyap. Contohnya; harga tiket bus RM6.80, kita akan dikenakan 10cent untuk insurans tetapi kaunter bus akan minta kita bayar RM7. Kalau di terminal2 Seremban, kaunter hanya akan charge RM6.90 dan akan memulangkan baki. Kalau aku accident, aku suruh parents aku tuntut bayaran yang sewajarnya! So, diharapkan Menteri Pengangkutan Jalanraya dan seangkatan dengannya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap bus companies yang dalam sembunyi menipu penumpang dan tidak mengikut piawaian yang sepatutnya.