Showing posts with label I LOVE YOU. Show all posts
Showing posts with label I LOVE YOU. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Dia yang dirindui selalu..

Terlalu banyak budi you pada I. I only can promise to make you happy for the rest of your life if we are meant to be together. Thank you so much for all you kindness and support. Readers, please pray for us.

Saturday, March 17, 2012

My other half..


Dah lama tak post entry cinta hehehe..I miss my DD so much!! He is so busy with his work now. Walaupun takla lama sangat tak jumpa tapi rindu macam menggunung! Owh overss!! What I like about him is everything. What I dislike about him is nothing.. Love is about accepting.  Tak apalah tak kaya, tak kacak and tak bergaya janji bahagia. Didi sangat memahami. Walaupun ditawarkan pekerjaan yang bergaji lumayan namun dia lebih suka memilih dekat dengan his mom & me. So sweet!! To him, life is not about money.  Asalkan hidup gembira dan sihat, sudah cukup. With him, I learnt a lot. Terasa hidup ni takla complicated mana. He is my friend, my family and my soul. Marilah berdoa semoga dia diberi hidayah dan kami dapat bersama sehingga ke syurga..! Amin..

Monday, October 10, 2011

LWH, 1 4 3!!!!

Dah lama tak update status chenta hahaha…~ En.bf yang tak kacak semakin hari semakin sibuk.. Jarang dapat jumpa. I want to call him DD la start from now =) DD sedang membina perniagaan sendiri jadi sebagai cik penghibur, saya kena bersabar banyak-banyak. Saya pun kadang-kadang sibuk juga maklumla baru mula bekerja. Sekarang ni sibuk pula fikir nak sambung belajar. Sebenarnya impian saya nak sambung master kat luar Negara (berangan itu satu kemestian ok!), tapi macam mustahil saja so hentikan impian teruskan perjuangan dalam Negara jah..! DD memberi sokongan penuh hoyeee!!! En.bf anda sangat best! Anda sangat supportive and understanding! (Actually, dia nak mengelak dari soalan pasal kahwin tu yang sokong habis saya nak sambung belajar. Siap nak tolong bayarkan yuran pengajian lagi. Hemmm…) Baiklah saya mengalah!! Semoga kita berdua berjaya dalam kerjaya masing-masing. Amiiin.. 
 

Friday, August 19, 2011

Hari ke-4 you di Shenzhen.


Actually semalam I nak post entry pasal hari ketiga kat you tapi sebab hujan lebat, internet ada problem sikit. Macam mana kerja you? Kakak dah sampai? Ada pergi jalan-jalan tak? I dah check dah tiket. You nak book, or nak I tolong book kan?? 29Dec-3Jan ok tak?? I plan nak buat kuih raya hari ni tapi kena tolong mak kat kedai pulak taktaula camna. Maybe malam-malam sikit la kot. Untuk bulan puasa ni I stop kejap tuisyen. Tapi kesian budak-budak tu. Mesti dorang taknak belajar dengan I lagi. Asyik cancel kan kelas je… You , I nak request barang boleh?? Nak handbag and pendrive 1 hehe..External hard disk tu you yang nak hadiahkan untuk I kan?? So, tak masuk dalam kategori request k?? Jaga diri tau! Nanti kalau u nak I jemput you dari airport, you bagitau I awal-awal k? Miss you!!

Wednesday, August 17, 2011

Daily entry just for you..

Today is the second day you are in Shenzhen. I used to tell you that this situation will make us realize whether we really need each other or not. To be honest, I miss you everyday. When you are not around, I have no one to talk while driving. When I'm stressed, I don't have anyone to express it out. Anyway thank you because you still called me. Bil you dah melambung kan??Hahaha...Sorry I tak nak tolong bayarkan..=)

Sayang, take care kat tempat orang. Kalau makan lamien, jangan lupakan I ok??Rindu nak makan lamien yang sedap kat Shenzhen.Rindu u jugak!!!hehehe...
Wahhhh lamien yang sangat SEDAP!!!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu…

Pada tahun ini, banyak sangat cikgu-cikgu yang ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kerana mendidik saya sehingga sekarang. Pertama sekali mestilah ibu bapa saya walaupun mereka bukanlah seorang guru. Namun, ,merekalah orang yang paling berjasa sekali dalam hidup saya ini. Seterusnya, kepada guru tadika saya,allahyarhamah Puan Norasiah yang baru saja mak bagitau yang dia telah meninggal dunia. ALfatihah kepada cikgu. Semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya masih ingat kenangan bersama dengan cikgu di tadika dulu.

Seterusnya kepada guru sekolah rendah saya yang merupakan guru kelas saya darjah 1 Merah, cikgu Ariffin. Tapi hanya sekejap saja pengalaman bersama beliau. Kemudian, cikgu Siti Maryam kelas 1 Kuning sampai darjah 3 Merah. Darjah 4 Merah, ribuan terima kasih kepada cikgu Roshidi, guru Matematik yang sangat tegas sehingga saya mampu menghafal sifir sehingga sifir 12 di darjah 4. Tak lupa juga, teacher Norhayati, teacher Izzati dan suami, Cikgu Bahasa Inggeris, cikgu Aishah (sains), Ustazah Rokiah (pendidikan Islam), cikgu Anuar (guru bola jaring), cikgu Habshah (guru Bahasa Melayu). Sebenarnya ramai lagi guru-guru yang saya tak berapa ingat nama mereka tapi saya ingin berterima kasih. Kerana merekalah saya mendapat 5A dalam UPSR. Tak lupa juga ustaz dan ustazah-ustazah KAFA.

Now, sekolah menengah lak. Jutaan terima kasih kepada guru-guru saya, Ustazah Rosmalina (pendidikan Islam), Ustaz-ustaz (minta maaf sangat lupa nama), Puan Ng (cikgu Sains yang kecil molek), cikgu Zambri (Math&Add Math), cikgu Thawar Maisur & sorang lagi cikgu lelaki Cina (lupa sangat namanya-Fizik), cikgu Fishal (Komputer&Kimia) dan tak dilupakan guru kelas saya, cikgu Noraini Zakaria (Kimia). Terima kasih juga kepada cikgu Adilashilla (Biology), cikgu Noraini Ismail (guru netball), cikgu Mohd Noor (Sejarah), cikgu Fatimah (Kemahiran Hidup), teacher Dahlia Dagang (English), cikgu Halijah (BM), cikgu Marlina (Geografi), sensei Shima, sensei Cheng dan cikgu Shahrom (Kaunseling). Banyak lagi cikgu-cikgu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa dari tahun 2000-2004 (nak tulis mesti korang bosan baca). Ada sesetengahnya saya terlupa nama namun kenangan bersama cikgu-cikgu tak pernah saya lupakan. Segala didikan cikgu akan saya amalkan dan gunakan pada pelajar-pelajar saya kelak.

Next, cikgu-cikgu yang terlibat di Kolej Matrikulasi Penang. Memandangkan saya hanya berada beberapa bulan saja, saya tak berapa ingat nama-nama pensyarah saya. Yang saya ingat hanya cikgu Faridah (guru Kimia). Namun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentor saya dan cikgu-cikgu yang telah terlibat dalam menghantar saya pergi dan ambil ketika saya menghadiri interview untuk TESL di UiTM Bukit Mertajam. Salah seorangnya, adik cikgu Thawar Maisur.

Masa pra-ijazah di UiTM Kuantan, millions of thanks to my lecturers Madam Noraini, Mdm Baiyah, Mdm Rose, Dr. Jelani, Ustazah Razana, Ustaz Anhar dan beberapa yang lain. Terima kasih cikgu.

Yang terkini, terima kasih sangat-sangat buat pensyarah-pensyarah di UiTM Melaka. Mereka yang terlibat ialah allahyarham Mr. Ishak (bekas coordinator), Mdm Aida (current coordinator), Dr. Sujatha, Dr. David, Dr. Airene, Dr. Bano, Mdm Nagamany, Mdm Begum, Mr. Jeyarahman, Mr. Raja, Mr. Abdullah, Mr. Badrul Hisham, Mr. Razif, wo de loushi, Miss Juritah, Mdm Noraini dan Mdm Zainab (my supervisor). Harap-harap takdala nama yang tertinggal. Juga kepada semua pendidik di UiTM Kampus Bandaraya Melaka tak kiralah yang pernah mengajar saya or tidak. Saya sekarang dah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Saya juga bakal guru dan saya sangat berharap dapat mendidik pelajar-pelajar seperti mana yang telah diajar oleh guru-guru saya.

TERIMA KASIH CIKGU!! SAYA SAYANG CIKGU SAYA..

Sunday, May 15, 2011

My Bf..

Weyceh, dah ada bf..wewitt!!! Hahaha..Mestila ada. Dah umur 24 kot. Kawan-kawan yang lain siap hantar kad jemputan kawin lagi. Okay straight to the point. Kenapa taknak tunjuk gambar bf? Actually, ramai kawan-kawan minta saya tunjukkan gambar LWH tapi saya nak minta maaf kerana tak dapat tunaikan permintaan anda tu untuk menghormati pendirian tuan punya gambar. Mungkin dia ada alasan tersendiri yang saya juga tak tau. Dikehendaki polis kah?? Jutawan yang mempunyai jutaan peminat kah?? atau Selebriti terkenal??? Hahaha..

Frankly speaking, he is just a humble guy with nothing. Tak kacak, tak kaya dan tak juga bergaya. However, with him I can achieve many things. Segala impian boleh menjadi kenyataan. He helped me a lot during my study time. Dulu abah memang tak berapa suka, tapi sekarang dah ok kot. At least he knows about us. Korang takyahla cari kat mana-mana website pun sebab mesti tak jumpa. Tunggula sehingga impiannya tercapai dulu then baru korang akan kenal siapa dia..or mungkin bila kitorang kawin hahaha...

Well, I don't hope much in this relationship. Manalatau kan tetiba takda jodoh. Korang gak yang nak gelakkan odeng kan?? Apa-apapun terimala segala kekurangan yang ada pada pasangan anda selagi dia tidak menyakiti atau menzalimi anda. Jangan buta kerana cinta tapi bercintalah kerana ianya indah.

Monday, March 28, 2011

10 Tanggungjawab bf terhadap gf..

Owh ada ke rules macam ni??Takpa,, meh kita adakan okeh?? Bf should:
1) Take a good care of his gf (for sure la kn??no pukul-pukul or break without any chance!)
2) Belanja setiap kali keluar dating
3) Bagi roses or chocolate or hadiah setiap kali keluar bersama (kalau hari-hari dating camna??)
4) Setiap bulan bagi duit belanja (karang kena cop mata duitan lak!!)
5) Call or SMS setiap hari without fail!(x lupa juga bayar bil telefon gf even bf yg sering call gf)
6) Tanya dah makan ke belum? Sihat ke tak??(if possible setiap hari la..)
7) Sentiasa memberi sokongan jika si gf dalam kesusahan atau kesedihan.
8) Bawa pergi bercuti di tempat-tempat menarik at least setahun sekali-bkn Genting saja ye(maksiat nih!!Sila elakkan~)
9) Sentiasa memuji gf (bukan mengampu or sebab nak minta apa-apa dari dia ye??)
10) Saling menegur untuk kebaikan bersama..

Kalau anda rasa, ada lagi penambahan bagi seorang bf untuk gf dia, bolehla share ye..Dah jika anda rasa anda di antara perkara di atas, tak masuk akal pedulikan ye..That's what my bf likes to do & he always says that's his responsibility. Kepada para suami sila tambah 1 lagi iaitu nafkah batin ye (bf no no no!) =D

Monday, March 7, 2011

So much Love...

I always think that my bf pampered me so much! With him, I could see life is full of colors and joys..Adala certain2 things yang I can't do but it's all for my good sake. Tapi manusia tak sempurna and it same goes to him. He is not perfect but it's enough for me. Selalu buat surprise and I'm impressed!!!

Dulu I used to see one of my friends yang selalu dapat sekuntum ros setiap kali keluar dating. Nampak best je..Romantik kot!! Tak sangka, it's my turn now..Bukan sekuntum, tapi berkuntum-kuntum dapat. Tengok, sampai background pun letak pic roses. To me memang agak membazir because bunga tu akan layu but the effort he has put in it makes me feel DISAYANGI..However, LWH always thinks that he is not a romantic person. Dia rasa diri dia tak cukup romantik. Ada lagi benda yang dia nak buat seperti bawa saya pergi Bangkok (because I like shopping), pergi Australia (because I really want to go to Australia) and to Paris (because Paris is a romantic place for a couple). Mungkin kalau ada jodoh kami, saya akan pergi ke tempat-tempat tersebut bersama dia. Insyaallah.

To me, setiap orang ada kualiti masing-masing. Jadi cuba lihat kebaikan yang ada pada pasangan anda bukan keburukan. Jika tiada, bermakna dia bukanlah orang yang terbaik buat anda. Jadilah orang yang terbaik untuk mendapatkan perkara yang terbaik juga ye~

Again roses from him;



Thursday, February 24, 2011

Thank you

I really in love with LWH...Thank you sayang for understanding my situation..Thank you for the the loves and supports..I really serabut and busy this semester..Struggling to finish all the assignments!!! Banyak! Banyak! Banyak!

Sunday, February 20, 2011

Love is in the air!!

Sayang, I love You!!! (...say you love me again..) Though everyday with the same words, I will never feel bored to express or accept. It’s almost 5 years we have been together (kalau kahwin dah ada anak 2 okay!) and it feels like only a few days I explore this life with you because there are many things we want to explore. The change that I could see from this 5 years relationship is your language. You have improved a lot okay!!! You know how to make jokes, understand when I’m just kidding or say in implicit words and you also know how to use suitable Malay words. Yess!! Sayang, good job! Your English has improved too lalala~

Baru-baru ni, LWH have talked about “Taqwa”. Wah, dah pandai okies.. He said, he heard about this word when he worked inside the mosque. Selalu-selalulah pergi kerja kat masjid tu ye.. :D

Sayang, thank you for everything. You have done a lot to me. You care for me a lot too. How I wish I could pay back all your kindness. Zakiah would like to thank you also for the flight ticket you have bought.
 
p/s: Tengah pening pasal assignment yang berlambak-lambak tetiba mood bercinta datang ohh!! I miss you like crazy~

Sunday, February 6, 2011

Chinese New Year

Belum terlambat kot saya nak ucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" untuk semua yang merayakan tahun baru ini.Gong Xi Fa Cai.. Akak tak sambut ye walaupun boypren akak sambut. Meriah sungguh tengok sambutan tahun ni memandangkan tahun ini tahun arnab which is My Year (orang yang lahir tahun 1987 ialah tahun arnab okies). Arnab cute kan? Mesti orang yang lahir tahun arnab juga cute-cute ^_^ (tetttt!!owh perasan hakhakhak). 

Perayaan tahun ni agak dukacita buat LWH kerana his grandmom telah pergi buat selama-lamanya pada hari pertama CNY which was 3/2/11. I'm so sorry to hear that sayang. I thought he was busy celebrating the New Year sampaikan sehari suntuk tak ber'sms' or call. Okay that's the fact that you have to accept sayang and everybody will also die one day. So, selama itu juga saya terpaksa akur dengan kesibukannya menghadiri mourning ritual. A few days before CNY, he fell sick. Kesian sangat sampai kurus kering. Seluar yang dipakai pun dah longgar. Haisk~ Anyway sayang, when everything has settled kita pergi bercuti ok? I pray for your happiness always..

Saturday, December 18, 2010

We are siblings forever..

Today, I wanna post pictures about my siblings. Saya ni anak ke-3 dari 6 adik-beradik. Semua bijak-bijak okeh~

Kiri sekali adik bongsu tahun depan darjah 6, tengah muda setahun dari saya sedang mengikuti pengajian perubatan di Bali, hujung sekali si comel tahun akhir pengajian TESL hukhuk..=)

Kiri sekali abang kedua (abang sulung di Sabah), baju merah adik lelaki kini menuntut di Uitm (Art&Design).
Kanan sekali my beloved mom

I LOVE YOU OLS!!!

Tuesday, December 14, 2010

Abah, u r the BEST!!

During my childhood, I was not that closed to my father. Mungkin sebab masih kecil so tak banyak perkara yang abah boleh share dengan saya. Apabila diri sudah menjadi dewasa (wollah ayat tak boleh blah), banyak benda abah cerita. Segala masalah, perkara sulit dan sebagainya. Terasa diri sangat penting dalam family. Abah selalu luahkan perasaan pada anak-anak dia especially saya sebab saya yang paling dekat dengan dia. Sentiasa berada di sisi di kala dia susah hati. Abah sangat pentingkan kebajikan anak-anaknya. Abah dah nak masuk 60 tahun, dah lebih setengah abad pun hidup. Kesian abah sebab bersusah-payah membesarkan anak dia yang seramai 6 orang ni. Tak sabar rasanya nak kerja dan bawa abah pergi bercuti keliling dunia. Doa saya, umur abah panjang agar dia dapat merasai keindahan hidup di dunia ini.Amin..

Abah tak fotogedik macam anak dia okay!

Sunday, December 12, 2010

I miss you..


Entry ni sekali lagi untuk kekasih hati..Iskh susah betul la orang yang bercinta ni.Asyik nak rindu-rindu ja. Susah-susah sangat kahwin la T__T Uishk lambat lagi. Habiskan study dulu then kerja setahun dua okies~ To my hunny bunny shoe, I MISS YOU okeh~ Bila boleh ketemu ni??


Wednesday, December 8, 2010

Thank you sayang..

My lovely bunny shoe is so amazing!! Pernah tak waktu bf anda call tetiba anda busy then anda cakap tunggu sekejap tapi rupa-rupanya dah 20 minit dia tunggu tanpa meletakkan phone? Lepas tu , tak merungut sedikit pun? Owh that's him! Kekadang saya lak yang marah dia balik, "Apasal you tak off phone? Bila I dah free, I call la you balik". He just replied, "Nevermind la". In a few minutes later I said again, "Call you back, busy". I think, if other people for sure dah lama aku ditinggalkan hahaha. LWH memang sangat penyabar so there's no reason for me to leave him. Tak kacak and tak kaya pun takpela sebab kacak dan kaya belum tentu menjamin kebahagiaan kan? He is so fun (yes sometimes a bit boring) tapi setiap masa pun I need him. He never asks anything from me so what I need to do is just giving him some times to settle everything. Take all my time darling because it's just for you. Thank you.

 I'm his Red Rose

Sunday, December 5, 2010

Kau Ilhamku -Man Bai

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Lagu ni siyes sedap. Dari kecik sampai sekarang pun suka. So LWH sedang belajar nanyi lagu ni sebab his brother also likes this song =D

Saturday, November 27, 2010

Bosan ke bercinta??

Ada yang berpendapat, bercinta lama-lama ni sangat membosankan. Ada yang sanggup berpisah dengan pasangan masing-masing selepas bertahun-tahun bercinta. Tak kurang juga yang bercerai walaupun dah ada sederet anak. Kes bercerai mungkin lain dari bercinta sebab factor keluarga dan sebagainya. Tapi dalam kes bercinta ni, selalunya ia melibatkan 2 pihak sahaja jadi lebih mudah dan kurang masalah..Dulu masa belum bercinta (sekarang dah bercinta ye??eceh!), saya pun berfikiran macam tu tapi sekarang pendapat tu dah lain sama sekali. Masa akan datang tak berani nak komen ye! Untuk anak muda di luar sana (wewitt), akak yang dah tua ni nak berpesan, bercinta biarlah berpada-pada. Jangan bagi semua sebab kita tak tau dengan siapa jodoh kita dan apa akan berlaku kelak. Takut nanti diri sendiri yang sakit. Sebab tu ada yang sanggup bunuh diri la, bunuh kekasih la, jadi gila dan sebagainya. Dah kahwin okay, bagi semua takda masalah.


Thank you Sayang for the lovely roses

My life has changed a lot after I’m not single. HAHAHA. Happy, glad, awesome, amazing, lalala~ Thanks to him. Dah lebih 4 tahun we have been in relationship. Memang la ada time bergaduh tapi it was because of me (Yes, I’m a drama queen). He is so patient, so hardworking, so tolerant and so interesting. Setiap hari sayang dan semakin hari semakin chenta..Wah gatal betul!! HAHA. Dalam berpasangan, akak yang tua ni nak berpesan lagi ye, jangalah mengharapkan kesempurnaan tapi terimalah kekurangan pasangan anda sebab kekurangan tersebut akan menutup kekurangan anda padanya. Jangan memaksa pasangan anda buat sesuatu yang dia tak suka dan hormatilah keputusannya. Okay tak advice tersebut?? Apapun, apa yang kita nampak tak semestinya apa yang tersirat so just enjoy your life ok!

 LWH said Red Rose represents me,
"Yang warna merah tu menunjukkan u paling menyerlah daripada yang lain"

Saturday, November 6, 2010

From my sweet Sayang..


I LOVE YOU 2 3 4 5 6 7 8 9 10....

Wednesday, October 6, 2010

Commonwealth Game New Delhi


GOOD LUCK MALAYSIA....!!! 

I only follow on TV hehehe~

CONGRATULATIONS to all the athletes that have won the

medals. We in Malaysia always pray for the success.