Tuesday, November 23, 2010

I had so much fun in China!!

Maaf sangat-sangat dah lama tak tulis blog. Internet slow. Leceh tul!! Bagi yang follow my blog, I believe you know that I’ve been to China for a week (9 days actually). So now, I’m going to tell the experience. That was my first time went to China for sure sebab tu excited nak cerita kat korang semua. HAHA. My flight to Macau was on 26thOct 2010 at 12.20 noon so I flew from Kedah at 8.35am and reached KL at 9.30a.m. Then, makan-makan and check in to Macau at about 11a.m. Kalau ke luar Negara counter pendaftaran dibuka 3 jam awal and kalau dalam negara, 2 jam je. Kaunter close 45minutes before the departure which means jika anda terlambat, silalah beli tiket kapal terbang yang baru ye..If your flight is at 12.20, silalah check in or lapor diri, daftar luggage, ambil tiket segala 45 minit sebelum tu ok! Kalau diikutkan kami mengalami kerugian sedikit dalam percutian kali ini bermula dari currency yang mana masa kami tukar duit harga masih tinggi berbanding harga semasa. Then, masa check in luggage, body shower yang baru beli kena rampas dengan kastam sebab melebihi 100ml. For your information, kalau nak pergi ke luar Negara barang-barang liquid hendaklah kurang dari 100ml ye..Even if you have used the liquid but at the bottle stated 100ml or more, still kena rampas. So janganlah bawa, beli ja kat negara yang anda nak pergi tu ada jual..Then, sampai di Macau kena tahan dengan polis untuk buat inspection. Macam-macam lagi la perkara berlaku. Mari ikuti kisah selanjutnya..

 Laksa at KL (cost: RM9.90)

 Inside the cabin


Perjalanan ke Macau mengambil masa selama 3jam 40minit which was so long to us (tak sabar-sabar). Sampai je di sana, we planned to go straight away to Shenzhen. Cuaca di Macau sangat windy, cold and nice. Tak berpeluh okies! Kami menaiki ferry je Shenzhen. One thing you should know, if you want to go to Shenzhen, you must have a visa. It will cost only RM110 (depend on the travel agency) untuk sekali masuk. Kalau dah keluar dari Negara tu, anda kena buat visa baru untuk masuk balik. Negara yang bukan komanwel, anda kena buat visa ye..Hong Kong and Macau tak perlu sebab mereka adalah Negara Komanwel.

Wednesday, November 10, 2010

Seperti yang dijanjikan...


Horse Battle

Tuesday, November 9, 2010

Hot News..!!

Korang tengok tak berita pasal seorang anak bunuh mak sendiri kerana mengamalkan ajaran sesat??Astaghfirullahal'azim...Semalam, seorang lelaki telah menetak ibunya sampai mati kerana percaya bahawa ibunya telah mati dan yang ada dalam tubuh ibunya adalah saka atau roh jahat. Semua ahli keluarga ada di rumah tetapi hanya menyedari perkara tersebut apabila terdengar bunyi benda jatuh dan laungan Allahuakbar! Nauzubillah...Kenapala senang sangat diri kita dikuasai oleh syaitan??  Dahla syurga seorang anak di bawah kaki ibunya. Kalau dah bunuh ibu apa maksudnya?? Sejahat-jahat ibu kita, ingatlah wahai anak-anak bahawa syurga kita ada bersama ibu.Sakit hati macam mana pun kita dengan ibu, tahan je, sabar..Sakit hati ibu dengan kita, kita bukan tahu kan??Entah-entah bergunung...~

Saya sebenarnya nak post video Horse Battle masa ke Shenzhen 2 minggu lepas tapi tak dapat upload lak due to slow connection. Esok saya try lagi k??

Sunday, November 7, 2010

Love is beautiful and painful..

Betul la kata orang, cinta itu indah tetapi kekadang ia juga menyakitkan. Seronoknya diri bila dicintai oleh orang yang kita cinta betul tak?(I'm gonna be 24 so it's okay to talk about love :D) Anda pernah bercinta tak?? Kalau tak pernah tu tipula..Admire kat orang takkan tak pernah?? Perasaan tu macam berdebar-debar kan? Macam best je..Kalau si dia call or ajak keluar mesti senyum meleret..Hahaha~ Awas ye cinta boleh jadi sangat menyakitkan apabila ktia terlalu obsess dengan cinta dan sanggup menggadaikan diri demi cinta.

Hari ni dalam Harian Metro pun ada lagi kes cinta si isteri tehadap lelaki Afrika. Bayangkan si isteri sudah berusia 40++ tahun dan sudah mempunyai 5 orang anak tapi masih boleh curang terhadap suami kerana gilakan si hitam Afrika. Lebih menyedihkan, ini adalah kali kedua si isteri berlaku curang di mana kali pertama pasangan ini telah bercerai dan si suami telah memaafkan isterinya kerana teringatkan anak-anak dan kesungguhan si isteri untuk berubah. Namun isteri itu sekali lagi berubah apabila berjumpa dengan lelaki warga Afrika yang lain dan dipercayai kawan kepada teman lelakinya dahulu yang telah pulang ke Afrika selepas tamat pengajian. Lelaki Afrika terbabit dipercayai tidak mahu melepaskan MAKCIK tersebut dan menghantar sahabatnya untuk menggoda MAKCIK terbabit. Kesian anak-anak dia ada mak macam tu.. Namun kali ini si suami tidak mahu melepaskan isteri kerana takut si isteri dipermain oleh lelaki berhidung belang tersebut walaupun MAKCIK tersebut dah banyak kali minta cerai dari suaminya sebab nak bersama lelaki tersebut. Bayangkan sampai sanggup jual barang kemas semata-mata nak tolong si hidung belang Afrika tersebut. Eewww! Dahla hitam (tak sedar diri sekejap), tak kacak langsung!!!! MAKCIK bertaubatlah! Ingat anak-anak tu dan syurga seorang isteri ditelapak kaki suami. Curang dengan suami seumpama merobohkan syurga yang telah siap dibina.

Sayang, I miss u a lot! Setiap saat pun rindu. Bangun tidur teringat u, pergi mana-mana pun ingat. Tapi bila pejam mata tak ingat haha~ I can imagine those people yang dah berkahwin mesti rindu tu lagi sakan kan?? Inilah yang dipanggil painful!!

Saturday, November 6, 2010

From my sweet Sayang..


I LOVE YOU 2 3 4 5 6 7 8 9 10....

Friday, November 5, 2010

Penceroboh dekat kampung

Even I’m not rich, not pretty, not brilliant and not tall (eh tetiba..), but I think my life has been blessed. Whenever I don’t have money, God gives me ways to find it, when I’m not happy, God helps me to laugh and when I have a problem, God will settle it for me. Saya juga sangat disayangi oleh kedua ibubapa saya dan boifren terchenta (ok out now!!) Jadi takda sebab kenapa saya tidak menghargai kehidupan ini. Hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Pengajarannya, janganlah terlalu gembira dengan apa yang kita ada sebab semua benda tu tak kekal. (apa yang aku merepek ni?)

Actually saya nak cerita tentang kejadian yang menimpa seorang lelaki yang berasal dari Perak dan telah berkahwin dengan seorang wanita dari kampung saya Sik, Kedah. Lelaki ni memang pernah buat hal pecah masuk rumah orang, kedai orang even jiran sebelah rumah. Kelmarin, lebih kurang pukul 7pagi, lelaki ini sekali lagi melakukan kerja jahatnya itu (orang sekeliling pun tahu asal dia balik je mesti ada kes yang dia buat). Mungkin pada pendapat dia, tiada orang ketika itu. Namun malang bagi si lelaki apabila tuan rumah yang baru hendak mandi ternampak kelibat lelaki tersebut. Dengan hanya bertuala dia menjerit dan mengejar lelaki tadi (orang kata sampai terlondeh kain tuala tersebut tapi dia tak sedar *malu ah*). Orang ramai yang mengetahui kejadian tersebut berpusu-pusu pergi melihat. Ada yang sakit hati terus membelasah pencuri tersebut. Dia sebenarnya belum sempat mengambil apa-apa barang tapi Allah telah berfirman, walaupun hanya berniat jahat kita tetap akan mendapat balasan. Jadi janganlah berniat jahat dan berburuk sangka kepada orang. Tak baik tau!! Saya pun baru tahu bahawa polis sebenarnya tak kisah orang ramai ingin memukul pesalah tetapi jangan sampai mati saja. Teruk macam mana pun takpa sebab itula lelaki tadi sampai berdarah kepala. Orang yang takda kena mengena pun pi belasah sekali. Ada ka patut??? Kalau orang yang terlibat kita bolehla terima sebab dia geram kan? Pencuri tersebut dihantar ke hospital dengan ambulans. 
Keesokan harinya, orang kampung riuh bercakap pasal penceroboh tersebut dan ada yang kata dia dh meninggal dunia tapi takpun.  Abah saya cakap mesti dia pakai ilmu apa-apa sebab dah teruk kena belasah pun masih okay. To me dah belum ajal dan mungkin Allah nak bagi peluang untuk dia bertaubat. Jadi kepada sesiapa yang berniat untuk mengambil langkah mudah mendapatkan duit, silalah berfikir berjuta kali dahulu sebab langkah anda tu tak semestinya mudah kerana kalau tertangkap banyak masalah yang akan anda hadapi. Dahla bahaya, nak kena berjawab dengan Allah pulak tu??? Dekat dunia dah terseksa, dekat akhirat apatah lagi…Wallahu`alam..

Wednesday, November 3, 2010

Malaysia is the best country for me!!

Kenapa Nia dah lama tak update blog??Okeh I on holiday for 9days ye..Esok dah nak balik M'sia..can't wait!!I really desperate Malaysian food right now..Will let you all know about my journey in China soon okay!!