Wednesday, December 21, 2011

Happy Mood!

Hi boys and girls!! Kakak dan abang!! Cik Nia kat office sekarang ni takda buat apa-apa. So, everyday asyik surf internet je sebelum kelas bermula minggu depan. Dah sebulan begini hahaha.. Hidup tak keruan. Korang sumer sihat?? Cik Nia 2 3 hari ni happy sikit sebab gaji baru masuk wah!!! Nak saya belanja ke?? Mari2..~ Agak terkejutla jugak mula2 tu sebab ingatkan kena tunggu 3 bulan, maklum kerja dengan kerajaan ni memang gitu..Disebabkan tahun depan skim gaji baru (naik naik gaji huhu), so kitorang dapat awal sikit gaji. Hehehe...TAPI disebabkan hutang yang bersepah, taktau zaman bila nak settle, so cik nia tak dapatla nak berjoli katak. Namun, hati yang kecil ni nak jugak buat tuntutan agama, so tanpa berfikir panjang, saya telah ke tabung haji untuk register diri ke tanah suci Mekah. Kalau ikutkan turn lambat lagi, tapi harap-harap sempatla jejakkan kaki ke sana. Insyaallah. So korang doa-doakan la ye!!

Monday, December 5, 2011

Politeknik Arau.

Dah hampir 3 minggu saya berkhidmat di Politeknik Arau. Saya ditempatkan di Jabatan Pengajian Am (JPA) bersama Pegawai-pegawai Agama (ustaz2 dan ustazah2 you all). Suasana di sini agak berbeza dengan tempat lama saya kerana banyak kursus yang perlu saya hadiri dan ditambah pula dengan rakan-rakan sekerja yang baru. Takda seorang pun rakan semasa belajar. Ketua Jabatan dan Ketua Unit semua ok.

Di sini, saya diberikan kuarters yang boleh tahan besar (5 bilik you all!! Siap dengan perabot bagai. Meja makan kat dapur pun ada). But of course elaun perumahan akan dipotong untuk 1 rumah. Kalau share dengan kawan untungla sikit. Tapi kuarter belum dapat lagi so buat sementara waktu, saya tinggal di rumah tamu. Lagi besar you all ada 6 bilik!!! 

Buat masa sekarang masih takda apa-apa yang boleh dilakukan. Hanya surf internet and borak-borak dengan rakan sekerja. Class akan bermula hujung bulan 12. Kehidupan tak banyak berbeza. Masuk kerja pukul 8a.m, balik kul 5p.m. Then, balik rumah mandi. Kalau letih tidur, kalau tak surf internet lagi takpun pergi bilik member tengok tv. Yang bestnya, member saya tu ada anak kecil (setahun lebih) so rutin harian say ada sedikit perubahan di mana saya akan bermain dengan Muhammad Mikail setiap hari. Yeayy!! Saya ni memang suka budak2. Even kat rumah pun, saya akan main dengan anak-anak buah yang ada. Selalu sangat cakap kat LWH yang saya suka budak. Dia buat bodoh je..Baiklah nanti saya akan buat entry pasal perkahwinan saya pulak~~

As for now, "Berkhidmat untuk bangsa dan negara!!!!"

Bali with family

Awal bulan lepas, saya dan keluarga telah ke Bali. Percutian di Bali merupakan percutian pertama kami sekeluarga di sana. Destinasi dipilih atas alasan untuk melawat adik saya yang belajar di sana. Kedua, untuk membawa adik bongsu yang telah berjaya  menduduki UPSR. Ketiga, untuk meraikan kejayaan saya yang telah berjaya graduat. Kami ke sana selama 4 hari. Di sana, kami tinggal bersama adik perempuan saya yang menyewa berseorangan. Tak banyak tempat yang kami lawati kerana kesuntukan masa. Saya pun dah tak ingat apa nama tempat yang telah kami kunjungi. Yang pasti kalau tempat shopping, anda boleh ker "Erlangga" ok! Tapi saya berjanji, tahun hadapan kami akan ke sana lagi untuk menghadiri konvokesyen adik saya.



Wednesday, November 30, 2011

31/10/11

Convocation was held at Dewan Agong Cancellor. I was not really happy on that day because I didn’t have the opportunity to chat with my friends and take photos with them. One more thing, I was not satisfied with the photo taken in the hall once I got the copy!!!! They were not professional at all!!!!So, I asked my little brother to edit those pictures. Let's take a look.


Monday, October 24, 2011

New world...

Hi all!!! Haha gedik seketika..nak tau tak perkembangan terbaru saya??Taknak??Eleh tipu..abis yang buka blog ni pi baca tu apa??Haha..(gedik lagi!!) Mestila banyak benda yang baru nak bagitau korang ni..Pertama sekali, next week, saya akan menghadiri majlis konvokesyen saya yang pertama di UiTM Shah Alam. yang kedua akan menyusul kemudian ye..(maksudnya bila saya dah habiskan master la).  Kedua, minggu lepas, saya dapat surat arahan untuk lapor diri di Politeknik Perlis so by next month, I'll be moving to Polytechnic.Macam tak percaya dah kerja. Di UiTM tak rasa sangat sebab buat part time je. Tapi di Poli nanti, saya akan menjadi tenaga pengajar untuk tak tahu berapa lama..Mungkin 4 tahun (ikutkan perjanjian), 10 tahun or maybe more than that..En.Bf, apa pendapat you???

Talking about encik bf. baru-baru kami bertengkar (rasanya saya seorang kot). Disebabkan hal yang kecil, saya buat perangai sampai nak minta putus. Tak jawab fon, tak reply msg sampaikan DD terpaksa patah balik dari rumah dia ke rumah saya untuk pastikan saya dah sampai rumah. En.Bf yang sangat penyabar hanya mendiamkan diri dengan muka yang tahan nak nangis hahaha...Susah hatila dia..Dalam keadaan macam tu pun dia masih nak negotiate agar saya beri tempoh 2-5 bulan sebelum berpisah sampai keadaan kewangan saya dah stabil. En.Bf tau yang cik gf  takkan mampu menanggung diri sendiri tambahan pula akan melanjutkan pengajian pada tahun hadapan..(korang pernah tak jumpa lelaki macam ni??) Sumpah rasa terharu!!!Tapi pada masa yang sama rasa useless dan malu pada diri sendiri..

Masa cakap nak berpisah tu bukan niat pun tapi geram sangat. Mood nak makan terus takda, nak bawa keta pun rasa nak pengsan. Macam mana kalau betul-betul berpisah?? Owh I really can't imagine!!! Sorry ye encik sayang, in the future I will try to control my anger.

Esok, saya akan hantar notis sebulan untuk resign jadi kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar Bahasa Inggeris di UiTM Kedah, janganla malu-malu untuk memberitahu saya ye. Kesudian anda amatlah dialu-alukan..


Udang pun tau bercinta...

Thursday, October 13, 2011

Friends’ wedding…


Sebelum terlambat, I would like to wish congratulations to my friends who have entered in the world of marriage. I’m sure all of you have found your happiness and joy. To Joyah, Posh, Hajar, Mimi, Husnayati, Farhana, Tengku and Azu, I hope you will be blessed and happy always.. Sebenarnya ramai lagi kawan-kawan yang dah kahwin siap dah ada anak pun, cuma tak tersenarai dalam post ni, ramai sangat..maaf ye.. Tak dilupakan juga yang sudah bertunang dan bakal berkahwin, selamat berbahagia juga hendaknya..Jodoh saya belum sampai. Korang doa-doakan la ye =)

 Hajar & her beloved husband

Posh & the en.husband

Azu & Suami..

Pictures taken from their FB..Selamat berbahagia kawan-kawan..=)




Tuesday, October 11, 2011

Konvokesyen..

Hujung bulan ni akan berlangsung majlis konvokesyen saya di UiTM Shah Alam. Korang-korang yang nak datang, jemputla..31hb10 ye!(sepupu yang baca ni jemput ye..) Bulan ni agak semput sebab kena lapor diri di Putrajaya untuk posting kerja, konvo lagi dan awal bulan depan nak ke Bali melawat adik sambil bercuti. Bercakap pasal konvo, pasti ramai tahu trend sekarang orang suka bagi bunga tapi bagi saya bagi duit lagi baik kot sebab bunga lama-lama akan layu lagipun bunga sekadar untuk bergambar je kan? Kalau bagi duit, at least bolehla beli barang-barang yang lebih tahan lama macam baju je, beg ke, kasut ke takpun bagi teddy bear or coklat kan?hahaha…~ I’m just kidding!!! Don’t take it seriously ok..
 
 Adakah bunga macam ni untuk konvo nanti??

OR macam ni??haha..