Thursday, August 12, 2010

Malaysians are blind readers..

Ini bukan entry untuk mengutuk atau menyakitkan hati sesiapa. Karang tak pasal-pasal kena saman lak. Why I said Malaysians (some) are blind readers? Pernah tak anda tengok orang yang suka buat benda-benda yang dilarang? Contohnya, kalau kat satu tempat tu tulis “Dilarang meletakkan kenderaan di sini” tetiba ada lak 2 3 biji kereta betul-betul kat bawah tulisan tersebut. Tak ke anda rasa menyampah? Ko tak baca ke arahan kat situ? Sama ada orang tak tahu membaca or buta je yang akan letak kenderaan kat situ. Kalau jauh dari arahan tu, boleh la kita assume yang dia tak nampak. Satu lagi kalau kat shopping complex especially kat bahagian asam, jeruk kacang dan sweets. Dah terang-terang tulis “Dilarang mencuba”, ada gak manusia yang pergi cuba. Itu lagi teruk sebab makanan masuk dalam badan jadi darah daging. Busuk la daging ko nanti! Kalau lepas tu beli takpe juga, ni tak beli langsung!

Cara pemanduan orang Malaysia pun teruk! Saya tak taula kalau kat Negara lain lagi teruk tapi kita yang kat Malaysia ni tak payahla nak compare dengan Negara luar yang lagi teruk sebab nak jadi bagus kenalah compare dengan yang bagus. Semuanya pentingkan diri! Bawa kereta semua nak tunjuk bagus. Hon sana sini, tak bagi signal, tak bagi laluan, tak tengok kiri kanan dan main potong je ikut suka hati. Satu lagi jenis yang tak tahu sabar. Ramai rakyat Malaysia yang tak punya kesabaran. Semuanya nak cepat so tak ikut line yang sepatutnya. Mencelah sesuka hati. Seriously I hate all those people. Kalau bab bayar cukai jalan bukan main liat lagi! Harap-harap orang yang suka perasan bagus ni berubah. Jangan esok-esok jadi sesuatu perkara yang tak diingini baru nak menyesal.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan bulan yang mulia...

Today is the first day of Ramadhan. I’m starting to listen to Raya songs. Ini adalah perkara biasa yang saya lakukan di bulan puasa sebelum menjelang raya. Seronok sangat dapat bertemu bulan Ramadhan sebab saya dapat memperbanyak amal ibadat saya. LWH pun sedang biasakan diri berpuasa. Chaiyok sayang semoga you berjaya puasa hari ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam di mana pada bulan ni banyak rahmat dan hikmah. Umat Islam dapat mengeratkan silaturrahim (solat terawikh, bertukar-tukar juadah, buka puasa beramai-ramai), dapat meningkatkan amal ibadat (solat sunat, membaca alquran), dan menahan segala hawa nafsu.

Dengan rasa rendah diri dan malu, dengan jujurnya saya mengaku yang saya jarang sekali melakukan solat sunat sebelum ni dan hanya membaca Alquran bila saya rasa ingin baca sahaja. Enough say yang saya sering lakukan hanyalah baca yasin. Tapi di bulan puasa ni, saya rasa sangat insaf, saya ingin melakukan kebaikan dan sangat ingin menjadi orang yang terbaik. Di bulan puasa ni juga kita dapat mengawal hawa nafsu di mana kalau hari-hari biasa shopping complex tempat tumpuan kita, sekarang kita hanya rasa nak duduk kat rumah je kan? Letihla jalan-jalan ni. Sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan kita.

Selamat berpuasa semua!!

Tuesday, August 10, 2010

Students, teacher loves you…

Pejam celik, pejam celik, dah separuh jalan saya menjadi guru pelatih. Dah banyak pengalaman pahit manis, suka duka dan susah senang sepanjang menjadi seorang pendidik. Dengan perangai pelajar-pelajar yang tak terbilang bezanya ditambah pula dengan perangai guru-guru dan rakan seperjuangan, memang sangat mencabar. Jadi guru ni takla semudah yang disangka. Tak balik awal sangat pun. Cuti hujung minggu pun kadang-kadang terganggu untuk aktiviti sekolah. Letih! Jadi baik anda berfikir beribu kali untuk menjadi guru. Gaji okay tapi pengorbanan memang besar. Bagaimana nak didik seseorang manusia itu untuk menjadi manusia yang berguna dan berjaya di masa hadapan, memang selalu difikirkan oleh seorang guru. Tugas guru bukan saja nak pelajar menguasai apa yang diajar di dalam kelas, tapi tugas guru juga adalah mendidik pelajar-pelajar di bawahnya menggunakan ilmu yang dicurahkan dengan sebaiknya. Walaupun, students ni kadang-kadang menyakitkan hati tapi bila ada mentor or lecturer observe, mereka akan member kerjasama yang baik. Pandai betul dorang berlakon dan menolong cikgu pelatih mereka ni hehe .. I love you all =)

Monday, August 9, 2010

Dah lama tak naik bus

Dah lama rasanya tak pergi shopping naik bus. Semenjak tahu bawa kereta, sejak kawan-kawan bawa kereta di Melaka, dah lama benar rasanya tak menaiki bas kecuali bus express Melaka ke Kedah, Melaka  ke Seremban. Satu lagi naik Town Bus dari Melaka Central ke rumah sewa di Melaka. Kalau di Kedah, memang tak pernah naik bas langsung! Macam mana pun bus tetap sama. Masih buruk, kerusi pun boleh tak boleh je duduk dengan driver bus yang bengis mungkin akibat tekanan kerja yang hebat. Kebanjiran warga asing pula semakin meruncing sehinggakan ada yang sanggup menunjukkan taring mereka di sini. Sakit mata saya tengok gelagat mereka ni! Boleh tak kalau saya nak sarankan kepada kerajaan supaya hantar je mereka ni balik Negara masing-masing. Reason pasal rakyat Malaysia ni memilih kerja dan tak mahu gaji rendah memang la tak dapat dinafikan, tapi kita bagi jela kerja rakyat asing tu kepada penganggur yang ada kat Malaysia ni, kat bekas penagih dadah yang dah insaf ke, mat rempit yang nak bertaubat dan pada sesiapa saja yang memerlukan kerja. Daripada kita mencemuh dan memusuhi mereka, baik kita membantu mereka betul tak?

Seriously, I’m sick of those foreigners who come here and bermastautin di sini.

Sunday, August 8, 2010

Homestay in Seremban

This is a special promotion for my cousin's house!! She bought a very nice house but did not stay there. Therefore, she wanted to rent it. Here the details...

Ø 189, Jln Markosa 6, Taman Bukit Markosa, 70400 Seremban.

Ø Prices: RM150 (2D1N)
               RM250 (3D2N)
               RM500 per month (fully furnished)

Ø 3 rooms (Master bedroom, medium room, single room)
Ø 2 bathrooms
Ø Near Lekas Highway, on the way to Paroi, Kuala Pilah, very close to Seremban town.

Ø Call Hasliza: 0162950039 (for more information)

Gambar depan rumah

Kerusi baru yang menarik

Saturday, August 7, 2010

The day without you…



LWH is very sad these few days because we rarely can talk like before because he is so busy with his work. By the time he calls me, I already want to sleep. We seldom have quality time together, that’s why we always go on vacation once or twice in a year (Sayang let’s go to Seoul, Korea?). Sometimes, late at night then he will call me not likewise where he likes to call me more than 3 times. This is not complaining but just to share with you that how hard he works to earn money. I am not sure how much I love him but I’m very sure that the qualities he has will make all people love him.

Last few weeks, my mentor wanted to introduce me with her husband’s friend who is a pious man (Ustaz). That ustaz is Kedahan and also wants Kedah girl as his wife to be. I couldn’t think of the answer because starting from that day my mind has full with LWH. I keep thinking how will my life be without him, can he accept it? Is the ustaz a nice person? Can we believe in ustaz? Does the ustaz like to go abroad for holidays? When I said this to LWH, he felt so unhappy. He knew that I’m also looking for someone who could bring me to heaven where ustaz would be a good choice but he always says that he will improve. It is so weird if we do not talk to each other in one day. Even when I’m not in Malaysia, he will call me. How to get this type of man nowadays? Perhaps I'm so lucky to have him and we will try our best to keep this relationship remain forever.

Wednesday, August 4, 2010