Tuesday, May 11, 2010

Berakhirnya kerjaya seorang gadis Pizza

9 May merupakan hari terakhir saya bekerja di Pizza Hut. Banyak kenangan indah yang saya alami sehingga tak ingat pun tentang pengalaman pahit. Mungkin takda kot! Pizza Hut memang best sebab kami bagaikan satu keluarga. Takda pun yang sombong even manager. Semua orang dilayan sama rata (saya mungkin pekerja favourite eceh!). Korang-korang beli la pizza especially bila keluar flavor baru. Memang best tau! Selalunya new pizza akan keluar for a few months only then bila habis promosi taktau bila pula dia akan keluar. So cepat-cepat dapatkan setiap produk terbaru. Kalau tak mesti anda menyesal! Terbaru, pizza hut sedang mempromosikan Fish King Pizza yang so SEDAPPP!! Harga dia juga sangat berpatutan dan kalau anda ada maybank card (debit, kredit or even atm) silala bayar guna kad tersebut sebab anda akan mendapat 30% off. Wow banyak kan?? Saya tak berapa menggemari pizza sebab dah selalu makan tapi setiap kali perisa baru keluar, saya taknak ketinggalan. Dapat makan sekali jadi la. Cubala confirm tak menyesal.

Golden Fortune for Chinese New Year 

 Chunky Loaded yang sangat best

Terdahulu, pizza pernah mengeluarkan Golden Fortune which was so owesome! Then Chunky Loaded very crunchy+delicious+loaded! Now Fish King with fish fingers on top as the main source and crab+pineapple+other ingredients as toping is Marvelous! Cuba jangan tak cuba..

Our new uniform for new promotion "Fish King"
(ada gaya seorang nelayan tak?)

With Dilah our new member at Pizza Hut

  Us with rider Fahmy -gonna miss him 

Bicycle Ram dan Ganesh-gonna miss them too

Mak Selamat Hari Ibu..

I’m so happy sebab dapat belikan hadiah yang sangat penting untuk mak (I guess so) sempena hari ibu. Mula-mula taknak beli apapun sebab anak mak ni takda duit, student la katakan. Bila roomate tanya, "Ko bagi tak hadiah kat mak ko sempena Mothers' Day?" Saya pun jawab, "Bagi tapi tahun ni tak kot sebab nak save duit pergi Sabah." Then half of my heart suruh belikan juga sebab dia cakap nak share. He is so baik kan? So, saya pun decide nak belikan mak something like cake ke, belanja shopping ke or bagi duit je. Tapi tak banyakla. Suddenly, mak call sebab si anak dah last day exam. Apa lagi si anak terus tanya, "Mak nak apa sempena mother's day?" Mak pun gelak, "Nak apa? Mak takda apala yang nak. Plan nak bagi apa?" "Ingat nak bagi purse ke apa..Ke mak nak duit?" Mak pun jawab, "Bagi jela apa-apa pun. Bagi duit pun takpa, mak boleh beli apa yang mak nak. Takpala balik dulu nanti kita pi shopping sama-sama". Then saya menambah, "Ok gak camtu, tapi budget tak banyak tau, nak pi Sabah lak ni."

Kepulangan saya sangat dinantikan oleh ahli keluarga (eh poyo jek). Family ada banyak benda nak cerita dan nak minta pandangan. Saya orang penting tau dalam keluarga. Saya sampai Kedah lebih kurang pukul 5a.m. Abah jemput di terminal then terus diceritakan mukadimah a few stories (kan dah cakap banyak benda yang family saya nak cerita). Petang tu, giliran mak bercerita. Tetiba mak cakap nak buat spectacle baru. Yang dia pakai sekarang dah tak nampak. Secara automatik, saya pun cakap "Takpala, kakak belikan mak spec tu. Lagipun dah janji nak bagi hadiah sempena hari ibu." Mak pun terkejut, "Tak payahla, mahal habis duit tu nanti lagipun nak guna kan?" "Takpa kakak ada duit mak jangan risau. Minggu lepas baru dapat gaji". Selepas adegan tawar-menawar (mak tetap tak mahu sebab kasihan kan saya), akhirnya saya berkeputusan untuk membelikan juga spec untuk mak.

Semalam, saya dan mak pun pergi mencari spec yang sesuai. Pilih punya pilih, akhirnya dapatla satu yang sesuai. Though it was quite pricey (habis jugala duit gaji sebulan saya), tapi pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan saya tak terbayar rasanya. Mak lebih banyak berkorban untuk keluarga berbanding saya yang hanya sekecil zarah melakukan pengorbanan untuk keluarga. Harap-harap mak gembira dapat spec baru. Dah lama mak tangguh hasrat nak buat spec, kesian mak. Power pun dah naik banyak. Saya cakap dekat mak kalau tangguh-tangguh lagi belum tentu mak buat. Saya harap spec tu dapat siap dengan cepat (janji seminggu).

Mak Selamat Hari Ibu. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tak dapat ditukar ganti. Seorang ibu pasti lebih sanggup menjaga anak yang kurang upaya dari menjaga anak yang sempurna tapi tak mengenang budi dan  derhaka. Janganlah derhaka kalau taknak masuk neraka. Kawan-kawan, kalau korang pernah bekerja, mesti korang dapat rasa betapa susahnya nak mempunyai duit tu. Dan apabila korang gunakan duit tu untuk benda yang bermanfaat, mesti korang akan rasa sangat berbaloi. Janganla senang-senang meminta duit dengan ibubapa untuk membeli barang kehendak tapi mintala dari mereka untuk membeli barang keperluan anda mesti dorang akan rasa sangat gembira. Buatlah sesuatu dengan penuh ikhlas kerana kamu akan memperoleh ganjaran yang besar dari Allah.

Mak, I love you. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama kakak. Ya Allah, panjangkanlah usia saya dan usia ibubapa saya agar saya dapat membalas jasa mereka kepada saya.

Kepada kekasih hati, thanks for everything. Terima kasih kerana sangat memahami dan sentiasa berada dibelakang untuk membantu. Pergi Sabah, pinjam dari you dulu okey? Hehehe..

Sunday, May 9, 2010

Happy Birthday Bf Shiro....

Hehehe..title taknak tulis nama siapa. Okeyla tulis jugak. Happy Birthday Encik Aizad@bf Syahirah si cantik. Even tarikh sebenar adalah 11May if I'm not mistaken. Disebabkan Aizad akan pergi ke Kuantan awal jadi plan birthday partinya juga diawalkan. Pecan Butterscoth from Secret Recipe memang tak mengecewakan. Sedap ye kawan-kawan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Cik Mimi+bf, cik Syahirah especially dan Encik Aizad yang diraikan. En. Aizad juga yang menjemput dan menghantar saya dari rumah ye. Macam orang penting tetiba hikhikhik. Memang dah lama tak pergi bersuka ria tanpa memikirkan assignment+presentation+test. Bahagianya hidup ini ku rasakan. Apa yang penting? SYUKUR!!(bak kata Kerol rakan sekerja saya). Tahniah juga kepada Aizad sebab sudah mula bekerja sebagai Jurutera. Hebat kot! Seronok cik Syahirah bf engineer. I bf buruh kasar je =D

Meh tengok pic mereka:
 
Aizad+Syahirah

Posing skit..

The other friends
(teman Mimi belajar sebab ada exam keesokan hari)

Yeay esok balik Kedah! (tetiba)
Can't wait to go to Sabah & Sarawak

Thursday, May 6, 2010

Yes Yes Yes!

SO HAPPY today because I have done my last paper..It was not that difficult like previous papers.. Dengan gembiranya menjawab dan tak sabar untuk habiskan last paper (tak bermaksud dapat jawab dengan betul). Siap sempat pergi toilet lagi. Erk kaitan? Perangai saya kalau time exam memang tak suka pergi toilet sebab takut rugi masa.Now focus hanyalah untuk balik bercuti. Masa yang ada adalah untuk bersenang-lenang ok! NO more books or stay up late at night. Owh I like! Lagi 3 hari nak balik rumah. Can't wait! Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tak lama lagi saya akan menjadi training teacher. Nervous ke takut ke taktaula, belum ada rasa apa-apa lagi. Cuma tak sabar nak habiskan study ni. Penatla belajar lama-lama. Semoga percutian kali ini lebih membawa makna dan menyeronokkan.

Wednesday, May 5, 2010

I lost my day...

My sayang sakit..Kesiannya. Kerja teruk sangat la tu..Pagi semalam tetiba saya sakit perut yang tak boleh blah so pergila mengadu kepada kekasih hati (taknak mengadu kat parents takut dorang susah hati). Macam biasala persoalannya, "Dah sihat?" "Dah pergi amik ubat?" Lepas tu dia lak amik turn nak express what happened to him yesterday including demam. Macam doctor pakar, saya pun nasihatkan dia minum tu, makan ni..(amboi amboi amboi..) HAHAHA. Hope you will recover soon because I don't want to loose my day again by not talking to you..so MISS YOU!

Monday, May 3, 2010

Tahniah buat Apit!!

Yeay!!!(bukan sebab dah habis exam okay) Adik lelaki saya dapat masuk UiTM untuk jurusan seni bina dan seni lukis (Art&Design). Semua ahli keluarga tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya. Walaupun pertama kali menghadiri temuduga dan bila ditanya, dia cakap ada yang dia taktau jawab tapi dapat juga mengikuti kursus tersebut. Hebatla!! Kakak kamu ni pun  2 3 kali interview untuk TESL tau! Nasib baik dapat juga..Result adik saya takla gempak sangat sebab takda A pun, tapi kredit masih cukup untuk memohon masuk ke IPT, cuma kena ikut syarat-syarat la. So, bulan depan pada 26Jun bermula la kehidupan adik saya sebagai mahasiswa. Belajar rajin-rajin tau!!

How to help my sister??

My adik perempuan is going to be in the hospital this August. Kenapa? Sakitkah? Takla.. Dia akan masuk ke hospital kerana kuliah akan diadakan di hospital apabila masuk tahun ketiga. So, my sister needs a transport because the hospital is quite far from her house. She decided to buy a motorcycle. At first, my parents and I didn't allow her to ride a motorcycle plus she doesn't even have a licence but then when I went there and saw the location of the hospital, okay now you really need to have a transport. 

However, since we do not come from a rich family so it was a bit difficult for me to buy her the motorcycle. Definitely la we never ask from our parents. Adik hanya berbincang dengan saya sebab hanya saya yang dapat membantu dia. Tapi macam mana? Saya pun belajar lagi. Tahun depan baru habis belajar.. Adoii!~ Pening..