Monday, February 15, 2010

Entry makanan di hujung minggu..

 Taknakla buat entry. Nak tunjuk gambar je with some details.

 Kupang rebus

Mee goreng pattaya 

Nasi goreng ayam

  Bihun sup

  
 
Milo ais perisa biskut
(pertama kali minum milo ais yang ada rasa biskut)

I'm a milo iceholic..
Amri is bihun supholic + keras rebus (kupang kat atas tu menggantikan kerang rebus yang dah habis).

All the food are from Kelebang, Melaka except Milo ice which from Restoran Seri Putih Tomyam. Do come and try!

Saturday, February 13, 2010

Cupcakes for SAYANG...

Setelah lama berfikir nak bagi hadiah apa untuk yang tersayang sempena Chinese New Year, akhirnya saya terjumpa satu blog yang memberi inspirasi.CUPCAKES!!! Yess bagi cupcakes sangat comel dan romantik! Setelah deal dengan tauke cupcakes (Nani Idayu), akhirnya urusniaga berjaya. SURPRISE for sayang!!!(selama ni asyik ingat I nak bagi hamper) Thanks to Nani sebab mahu menerima tempahan saya. Any design you can ask for. She was an Architecture student. Superb! Cupcakes dibawa terus dari Teluk Intan ke Alor Setar sooo romantik (kononnya la) =D Sayang pergi ke tempat yang dijanjikan dan tanpa menunggu lama Nani pun tiba. You tau tak sayang, I pun tak pernah jumpa Nani tu. Selama ni I calling-calling je dengan dia (rugi-rugi). Hope you suka and I tau you memang suka sebab you bagitau tadi hehehe.. Tanpa menunggu lama, saksikanlah cupcakes saya yang istimewa tarra!!!!

Cantik you alls, I puas hati

Gong Xi Fa Cai to sayang dan family..

Friday, February 12, 2010

I'm officially 23..

Hey all...(gitew cara approach, x sesuai tau)! Yesterday I was officially 23. How I celebrated MY DAY? Erm..malam before 12a.m., my roomate bought satay for me nyam nyam sedap okies! Then, before going to sleep, saya buat sujud syukur sebab Allah masih lagi bagi saya kesempatan hidup di dunia ini. Tapi taktau napa, mata ni tak mengantuk sangat so buatla perangai tak senonoh bergayut sampai pukul4 lebih (a.m). Saya terpaksa juga tidur kerana saya harus ke sekolah keesokan harinya untuk membuat classroom observation (nak jadi cikgu ni memang kena selalu dekatkan diri dengan pelajar dan sekolah). Pukul 12noon, saya dan roomate keluar lunch before masuk kerja. Hai, birthday girl pun kena kerja? Habis, ada orang lain peduli? Hidup ko, ko la uruskan sendiri. *ahazckrmsghd* Fine! Balik rumah agak lewat, mandi-mandi, solat dan keluar dinner.

Roomate sms, "Rain, ko dah balik kerja ke?Aku ada belikan cake untuk ko, taktaula ko suka ke tak". Wah cake I like! Saya ni memang suka makan cake. Tak kisahla kek apa janji bukan kek yang keras okek! Memandangkan maxis bagi percuma panggilan sehari sempena birthday, saya pun bergayutla tak kira masa. Tepat pukul 11.30p.m. (jam saya ye), mata mengantuk tak boleh blah. Saya pun cakap dengan bf nak tidur. Bf kata, "awal lagi ni ada lagi setengah jam nanti rugi la". Rugi apanya, bukan bayar pun I mengantuk tak tahan ok. Letak fon terus tidur.I love you sayang . Setengah jam kemudian, saya tersedar terus kawan ajak makan kek. Mata mengantuk tapi sebab taknak kawan kecik hati so saya gagahkan diri juga. Wah Kek Coklat Strawberry from Secret. Delicious! Mata mengantuk juga. Dalam makan, saya berharap supaya kek cepat habis. At last kawan saya bersuara, "tu nak tidur la tu..Kalau ngantuk p la tidur takyahla habiskan". Hah? Apa lagi dengan pantas saya menjawab,"Aku mengantukla masuk tidur dulu ek. Gudnite. Tq for the cake. Esok aku kerja kul8 pagi". Simpan kek dalam peti sejuk, masuk bilik terus bumm! Memang tak sedar dunia, sedar-sedar dah pukul 8a.m. Hah? Saya dah lewat! Macam mana boleh tak sedar ni? Mesti semalam lupa kunci jam. Adoii!!Terus sms manager cakap masuk lewat. KAHKAHKAH.

Macam tu je saya pada hari jadi semalam. Tak sempat nak celebrate pun sebab kawan-lawan sumer dah balik sempena cuti raya cina. Tinggal sorang je lagi so tak seronok la nak celebrate pun. Tengokla lepas cuti camna, kalau masih ada cinta feel birthday, saya sambut hehehe. Ramai juga yang bertanya dapat hadiah apa sempena birthday especially dari si dia. Saya tak kisah pun ada atau tak hadiah ni yang penting masih ada yang ingat tentang saya dan mendoakan kesejahteraan saya. Saya dah besar dah, tak perlukan hadiah semua tu. Kalau nak bagi juga, bagi la kereta porche ke, rumah ke sebab saya perlukan semua tu di usia dewasa begini (kahkahkah padan muka korang).

Sekali lagi, ucapan jutaan terima kasih buat kawan-kawan yang wish birthday saya. Yang tak wish tapi ingat pun thank you so much! I LOVE YOU als!!!!!!!!!!!! 

Birthday pizza ni dibuat sempena birthday saya. Cute kan?
                                                                                                                                                                     

Wednesday, February 10, 2010

Hey I'm 23!!

Tomorrow is my birthday. I'm gonna turn to 23!! How excited I feel and how thankful I am to Allah. However, all this while I keep thinking of what have I done? Owh no! Do I have any achievement in my life? Did I contribute anything to the country? Am I a good muslim? Am I a good friend to my friends? Scary isn't when we realize that we did nothing for almost 1/4 of century. Apa-apa pun, I always remind myself tomorrow should be better than today. Saya sentiasa bersyukur apabila masih lagi bernafas pada hari ini untuk mensyukuri nikmat tuhan dan memuji kebesaran-Nya (tapi mungkin dalam tak sedar banyak juga dosa yang dilakukan-nauzubillah). Setiap tahun pasti ada keinginan dan azam baru. Tahun ini juga tidak ketinggalan di mana pada tahun ini saya berharap dapat menjadi seorang guru praktikal yang tabah dan berjaya. Sekiranya umur saya tidak panjang, saya harap dapat menyelesaikan semua tugas saya dan mati dalam keimanan amin. Kawan-kawan doakanlah kebahagiaan saya di dunia ini semoga saya tidak tersimpang dari ajaran Allah. Maafkanlah juga dosa saya sekiranya ada menyinggung dan mengguris perasaan anda sepanjang kita berkenalan.

Buat keluarga tersayang, thank you for being such a great family to me and be with me everytime and everywhere (especially time sakit =D normal la kan?). Forgive me for all. To my lovely bf (tak ketinggalan tu), I love you from the day I know you until now. You have been so great and help me a lot! (Yang cepatla masuk Islam, tak sabar I nak bagi nama untuk u hehehe) Without you, I don't know to whom I can express my sadness and my fear (sometimes, there are things we don't want to share with family okek).. Thank you to ALLAH, thank you to all, thank you, thank you, thank you.. I'm happy and happy...

Tuesday, February 9, 2010

Jadilah insan terbaik di muka bumi ini..

Saya kini sedang mendalami agama saya sedalam-dalamnya walaupun lahiriahnya saya masih sama seperti dahulu namun saya yakin dan percaya bahawa kebenaran itu pasti muncul akhirnya. Currently watching The Arrival (kedatangan dajjal) from youtube -50 episod semuanya dan anda semua juga patut menontonnya untuk mencari kebenaran dan kepuasan diri. Bumi ini telah lama dan semakin tua. Banyak perkara yang telah kita lakukan untuk kehancurannya. Jadi sebelum berlakunya kemusnahan bumi ini, marilah kita persiapkan diri kita untuk mengadap tuhan yang maha esa. Menyesal lah dengan perbuatan sia-sia yang telah anda lakukan. Walaupun berat sesuatu perkara baik itu untuk dilakukan, percayalah ianya hanya sementara kerana apabila kita sudah mati kelak, kita akan menyesal dengan setiap saat yang telah kita sia-sia kan tanpa melakukan kebaikan. Walau bagaimanapun kehidupan kita kaya, miskin, cantik, hodoh, kita semua adalah sama di sisi Allah. Allah tak pernah membeza-bezakan umatnya kerana Dia yang mencipta kita semua jadi janganlah kita sombong dengan kelebihan yang kita perolehi. Sekelip mata sahaja semua nikmat tersebut akan ditarik balik jika kita tidak tahu bersyukur. Berusahalah menjadi manusia yang terbaik nescaya anda tidak akan rugi di penghujung usia anda. Maafkanlah semua musuh kita kerana kemaafan itu dapat menenangkan jiwa dan membersihkan minda. Berkorbanlah untuk sesuatu yang pasti (kebenaran agama), nescaya kamu akan disayangi.


Saturday, February 6, 2010

Jusco Bandaraya Melaka..

Semalam telah dibuka Jusco baru di Melaka (yang sepatutnya dibuka krismas lalu namun terjadi suatu tragedi ngeri jadi telah ditunda). Besar giler kalau korang tak caya cuba google. So ramaila orang berpusu-pusu ke sana untuk melihat gedung terbaru tersebut. Saya semestinyalah tak ketinggalan. Orang Masyaallah ramai sampaikan ada yang sanggup parking kereta di tesco sebelah dan petronas seberang jalan. Tesco tu puan-puan dan tuan-tuan sebenarnya jauh okek dari jusco. Tapi memandangkan excitednya nak ke sana, so dorang tak terasa la kejauhan tu. Esok-esok, bila jusco dah lengang sikit mula la nak rasa diri sendiri bodoh pernah berjalan kaki dari tesco ke jusco.

Kat sana, pelbagai jenis outlet ada. Dari branded stuff sampaila yang cikai-cikai. Kawasan dia sangat luas dan mempunyai 3 tingkat (rasanyala). Saya minat sangat satu wedges dari Vincci. Dalam hati berkata, "Dah lama tak beli kasut lagipun kasut dah nak rosak, gaji pun baru masuk namun otak berfikir waras, nanti dulu beli apa yang patut then baru beli kasut." Apa kata request kat bf? Erm mesti dia taknak belikan sebab hadiah birthday dah ditetapkan. Takpela esok lusa kalau nak juga, pergi beli je jangan fikir-fikir lagi. Takpun jangan beli dan jangan fikir sebab nanti kalau nampak kasut yang lain, mula la minat yang lain pula. Ok jangan move on cerita dengan shopping sakit hati okek!

To my beloved bf, I will not leave you.

Thursday, February 4, 2010

Busy ah..!

Baru balik dari kerja. Penat seh! Hari ni pizza hut busy giler time lunch break sebab PM datang. So, bebudak University+pekerja area berdekatan mengambil kesempatan makan di pizza hut (bukan ambil kesempatan benda lain, nanti adala yang fikir bukan-bukan). Selaku cashier yang tak bertauliah, saya diamanahkan untuk menjaga kaunter. Wohoho I love calculation and money!! (tak bermaksud saya songlap duit ok?) Terkejar-kejar jugala macam restaurant tu saya yang punya hahaha. Sampaikan saya suruh customer self-service sebab tak sempat. Kalau ikutkan tak boleh sebab customer bayar tax ye untuk service tapi dari lama menunggu, baik dorang ambil sendiri (refer kepada soup of the day sahaja). Ya Allah ya tuhanku, ampunkan aku sekiranya ada melakukan kesalahan dalam pekerjaanku pada hari ini. Sesungguhnya hambamu ini telah cuba menghindarkan diri dari perkara-perkara mungkar.

Pukul4 lebih sikit, saya pun meminta kebenaran manager untuk pulang. Solat asar dulu. Area kampus ramai betul pelajar sempena sambutan PM datang. Memandangkan saya ni malas nak berasak-asak dengan orang ramai. Paastu terus buat keputusan untuk balik rumah. Dua tiga langkah (sebenarnya tak kira pun berapa langkah), terdengar suara Datuk Najib berucap. Apa lagi 2 3 langkah patah balik ler (yang sebenarnya bukan 2 3 langkah juga). Dari jauh sayup-sayup nampak kelibat Datuk Najib. Takpela, janji bila orang tanya dah jumpa Perdana Menteri sendiri, bolehla dengan bangganya jawab DAH! Sesudah Datuk Najib berucap, saya pun balikla ke pangkal jalan (rumah sayala). Datuk Najib akan melawat Kg. Mortem yang memang menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Melaka. Datangla. 1 MALAYSIA!!