Wednesday, December 21, 2011

Happy Mood!

Hi boys and girls!! Kakak dan abang!! Cik Nia kat office sekarang ni takda buat apa-apa. So, everyday asyik surf internet je sebelum kelas bermula minggu depan. Dah sebulan begini hahaha.. Hidup tak keruan. Korang sumer sihat?? Cik Nia 2 3 hari ni happy sikit sebab gaji baru masuk wah!!! Nak saya belanja ke?? Mari2..~ Agak terkejutla jugak mula2 tu sebab ingatkan kena tunggu 3 bulan, maklum kerja dengan kerajaan ni memang gitu..Disebabkan tahun depan skim gaji baru (naik naik gaji huhu), so kitorang dapat awal sikit gaji. Hehehe...TAPI disebabkan hutang yang bersepah, taktau zaman bila nak settle, so cik nia tak dapatla nak berjoli katak. Namun, hati yang kecil ni nak jugak buat tuntutan agama, so tanpa berfikir panjang, saya telah ke tabung haji untuk register diri ke tanah suci Mekah. Kalau ikutkan turn lambat lagi, tapi harap-harap sempatla jejakkan kaki ke sana. Insyaallah. So korang doa-doakan la ye!!

Monday, December 5, 2011

Politeknik Arau.

Dah hampir 3 minggu saya berkhidmat di Politeknik Arau. Saya ditempatkan di Jabatan Pengajian Am (JPA) bersama Pegawai-pegawai Agama (ustaz2 dan ustazah2 you all). Suasana di sini agak berbeza dengan tempat lama saya kerana banyak kursus yang perlu saya hadiri dan ditambah pula dengan rakan-rakan sekerja yang baru. Takda seorang pun rakan semasa belajar. Ketua Jabatan dan Ketua Unit semua ok.

Di sini, saya diberikan kuarters yang boleh tahan besar (5 bilik you all!! Siap dengan perabot bagai. Meja makan kat dapur pun ada). But of course elaun perumahan akan dipotong untuk 1 rumah. Kalau share dengan kawan untungla sikit. Tapi kuarter belum dapat lagi so buat sementara waktu, saya tinggal di rumah tamu. Lagi besar you all ada 6 bilik!!! 

Buat masa sekarang masih takda apa-apa yang boleh dilakukan. Hanya surf internet and borak-borak dengan rakan sekerja. Class akan bermula hujung bulan 12. Kehidupan tak banyak berbeza. Masuk kerja pukul 8a.m, balik kul 5p.m. Then, balik rumah mandi. Kalau letih tidur, kalau tak surf internet lagi takpun pergi bilik member tengok tv. Yang bestnya, member saya tu ada anak kecil (setahun lebih) so rutin harian say ada sedikit perubahan di mana saya akan bermain dengan Muhammad Mikail setiap hari. Yeayy!! Saya ni memang suka budak2. Even kat rumah pun, saya akan main dengan anak-anak buah yang ada. Selalu sangat cakap kat LWH yang saya suka budak. Dia buat bodoh je..Baiklah nanti saya akan buat entry pasal perkahwinan saya pulak~~

As for now, "Berkhidmat untuk bangsa dan negara!!!!"

Bali with family

Awal bulan lepas, saya dan keluarga telah ke Bali. Percutian di Bali merupakan percutian pertama kami sekeluarga di sana. Destinasi dipilih atas alasan untuk melawat adik saya yang belajar di sana. Kedua, untuk membawa adik bongsu yang telah berjaya  menduduki UPSR. Ketiga, untuk meraikan kejayaan saya yang telah berjaya graduat. Kami ke sana selama 4 hari. Di sana, kami tinggal bersama adik perempuan saya yang menyewa berseorangan. Tak banyak tempat yang kami lawati kerana kesuntukan masa. Saya pun dah tak ingat apa nama tempat yang telah kami kunjungi. Yang pasti kalau tempat shopping, anda boleh ker "Erlangga" ok! Tapi saya berjanji, tahun hadapan kami akan ke sana lagi untuk menghadiri konvokesyen adik saya.