Monday, September 12, 2011

Wedding Cake..

Semalam nak post pic wedding cake ni tapi picture tertinggal dalam pendrive..Takpela, today I still can post it. Ok, this cake was dedicated to my neighbour yang baru je kahwin. I ordered from Kak Zue (thank you so much for the lovely cakes). You all boleh order dari Puan Zue ye cantik!Baiklah ni kek nyer..


Sunday, September 11, 2011

Kak Da E-Day


Ini sepupu saya yang bertunang pada 10/09/11. Walaupun jodoh agak lambat sedikit tapi akhirnya dia dapat juga menamatkan zaman bujang bersama seorang insan yang mampu dari semua segi. Tahniah! Saya menyumbangkan 1 kotak coklat sebagai hadiah hantaran. 

 Ini sepupu saya yang bertunang tu

Close up skit!

Saya tak pandai buat hantaran so, sumbangkan coklat je huhu

Gifts..
Kenapa pic blurr??Saja buat blurr haha..

p/s: Saya jugala photographer pada hari tersebut..huhuhu. Semua pic belum di edit. Harap maklum..

Perkahwinan Syakir, anak jiran sebelah rumah

Jiran sebelah rumah saya di Alor Setar dah berkahwin. Tahniah ye! Pada hari tersebut saya telah menawarkan diri untuk sponsor kek kahwin. Seramai 3ribu lebih jemputan. Wah memang meriah sangat!!! Namun, saya tidak dapat berada lama di sana kerana sepupu saya juga bertunang pada hari yang sama. So, inila lampiran gambar mereka.. 
Pelamin anganku indah
Bilik pengantin..
Pengantin tak sampai lagi..so I posing ler..hihi

Akad nikah

p/s: Sayang sangat tak dapat pergi Wedding Posh member sekolah menengah dulu sebab kenduri di Kedah ni terlalu padat!

Manusia ke binatang???

Geram betul baca akhbar akhir-akhir ni..!! Memang dunia sekarang dah di akhir zaman. Manusia saling berbunuhan dan saling merosakkan diri sendiri. Banyak kepincangan telah berlaku dan yang paling ketara manusia mula murtad terhadap agama sendiri akibat kesempitan hidup. Kalaulah umat Islam dan agama lain dapat melihat dosa dan pahala serta syurga dan neraka, pasti mereka tidak akan sanggup berpaling pada yang Esa. Saya sendiri merupakan insan yang lemah di mana saya tidak mampu menjadi muslimah sejati. Jadi saya tidak akan memberi komen yang panjang lebar sekadar pandangan yang nipis.

Harta dijadikan kebanggaan hidup bukan ketakwaan kepada Tuhan. Kecantikan dijadikan kesempurnaan diri berbanding hati yang ikhlas dan suci. Kekuasaan dijadikan keangkuhan berbanding kesyukuran kepada Allah. Sesungguhan aku bersyukur kepada Allah kerana tidak dilahirkan sebagai anak orang berada, tidak dilahirkan cantik jelita dan tidak dilahirkan dalam keluarga yang berkuasa. Saya yakin jika saya memiliki semua itu, pasti saya telah menjadi orang kufur dan takbur di dalam dunia ini. Namun Allah S.W.T yang sangat adil dan pemurah telah memberikan kebijaksaan kepada saya untuk berfikir bagaimana untuk menjadi orang yang lebih baik setiap hari.

Puasaku..

Banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang bulan puasa dan syawal tahun ini. Draft pun banyak dah buat Cuma tak sempat post je..Baiklah mari mulakan dengan bulan puasa. Puasa tahun ni tak berapa menghairahkan saya. Mungkin bagi sesetengah orang puasa tahun ni paling menggembirakan dan menyeronokkan. Tahniah kepada anda! Saya berharap pada tahun hadapan puasa saya akan menjadi paling terindah. Insyaallah.. Ada beberapa hari yang saya jatuh sakit. Namun saya gagahkan juga diri untuk mengajar dan berpuasa seperti biasa. LWH juga tidak dapat berpuasa seperti tahun lepas kerana terlalu sibuk dengan kerja dan telah ke luar Negara beberapa hari atas komitmen kerja. Jangan salah faham ye, LWH bukan Muslim. Saya melatih dia untuk berpuasa agar dia tidak kekok nanti. Puasa tahun ini saya yakin banyak kelainan bagi kawan-kawan saya especially yang telah berkahwin. Ada di antara mereka yang sudah beranak-pinak dan ada yang sedang menanti kelahiran pertama. Apa-apapun tahniah kepada kawan-kawan saya. Turn saya mungkin lambat lagi kot hahaha…

Sejak bekerja ni banyak tanggungjawab yang terpaksa saya pikul terutama sekali terhadap adik-adik. Adik yang kat Bali tak pernah-pernah minta duit pun, dah mula minta erm..Yang paling penting sekali, saya dah mula membayar hutang piutang saya. Hati dah mula riang sikit hehehe…

p/s: Baru contact balik dengan senior abang Brian yang telah terputus hubungan hampir 2 tahun. Tau-tau dah dapat anak. Apa-apapun tahniah kepada abang Brian atas kelahiran anak pertama Ziyaad as-Solihin (bunyi arab2 gitu-kata si bapak) haha..