Thursday, May 19, 2011

Saya kini bukan peminjam yang ingkar lagi =)

Last month I posted about my status yang tak dapat keluar Negara. After 2 weeks struggling to eliminate my name, akhirnya berjaya!! Of course orang yang paling berjasa dalam perkara ini adalah LWH. Abah memang suka kalau nama saya kena bar ni. Kalau tak dia kata asyik nak pi berjalan ja!! Hahaha..Travelling is interesting!!!

Banyakla process yang nak kena buat. Call tu boleh kata sehari sepuluh kali! Nasib rate digi tak mahal sangat. So, bil takla melambung sangat..Terima kasih DIGI \(^_^)/ Dengan penarikan nama itu, maknanya Bangkok semakin dekat yeayyy!!! Sekarang ni barula ada semangat skit nak survey2 tempat untuk dilawati. Dah mula belajar bahasa Siam sikit2 jugak hahaha cute! ;) Walaupun ini bukan pertama kali ke Thailand tapi pertama kali ke Bangkok..Sawatdee Kaa…Hahaha.. Nantikan gambar-gambar istimewa Negara Bangkok ye…!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu…

Pada tahun ini, banyak sangat cikgu-cikgu yang ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kerana mendidik saya sehingga sekarang. Pertama sekali mestilah ibu bapa saya walaupun mereka bukanlah seorang guru. Namun, ,merekalah orang yang paling berjasa sekali dalam hidup saya ini. Seterusnya, kepada guru tadika saya,allahyarhamah Puan Norasiah yang baru saja mak bagitau yang dia telah meninggal dunia. ALfatihah kepada cikgu. Semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya masih ingat kenangan bersama dengan cikgu di tadika dulu.

Seterusnya kepada guru sekolah rendah saya yang merupakan guru kelas saya darjah 1 Merah, cikgu Ariffin. Tapi hanya sekejap saja pengalaman bersama beliau. Kemudian, cikgu Siti Maryam kelas 1 Kuning sampai darjah 3 Merah. Darjah 4 Merah, ribuan terima kasih kepada cikgu Roshidi, guru Matematik yang sangat tegas sehingga saya mampu menghafal sifir sehingga sifir 12 di darjah 4. Tak lupa juga, teacher Norhayati, teacher Izzati dan suami, Cikgu Bahasa Inggeris, cikgu Aishah (sains), Ustazah Rokiah (pendidikan Islam), cikgu Anuar (guru bola jaring), cikgu Habshah (guru Bahasa Melayu). Sebenarnya ramai lagi guru-guru yang saya tak berapa ingat nama mereka tapi saya ingin berterima kasih. Kerana merekalah saya mendapat 5A dalam UPSR. Tak lupa juga ustaz dan ustazah-ustazah KAFA.

Now, sekolah menengah lak. Jutaan terima kasih kepada guru-guru saya, Ustazah Rosmalina (pendidikan Islam), Ustaz-ustaz (minta maaf sangat lupa nama), Puan Ng (cikgu Sains yang kecil molek), cikgu Zambri (Math&Add Math), cikgu Thawar Maisur & sorang lagi cikgu lelaki Cina (lupa sangat namanya-Fizik), cikgu Fishal (Komputer&Kimia) dan tak dilupakan guru kelas saya, cikgu Noraini Zakaria (Kimia). Terima kasih juga kepada cikgu Adilashilla (Biology), cikgu Noraini Ismail (guru netball), cikgu Mohd Noor (Sejarah), cikgu Fatimah (Kemahiran Hidup), teacher Dahlia Dagang (English), cikgu Halijah (BM), cikgu Marlina (Geografi), sensei Shima, sensei Cheng dan cikgu Shahrom (Kaunseling). Banyak lagi cikgu-cikgu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa dari tahun 2000-2004 (nak tulis mesti korang bosan baca). Ada sesetengahnya saya terlupa nama namun kenangan bersama cikgu-cikgu tak pernah saya lupakan. Segala didikan cikgu akan saya amalkan dan gunakan pada pelajar-pelajar saya kelak.

Next, cikgu-cikgu yang terlibat di Kolej Matrikulasi Penang. Memandangkan saya hanya berada beberapa bulan saja, saya tak berapa ingat nama-nama pensyarah saya. Yang saya ingat hanya cikgu Faridah (guru Kimia). Namun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentor saya dan cikgu-cikgu yang telah terlibat dalam menghantar saya pergi dan ambil ketika saya menghadiri interview untuk TESL di UiTM Bukit Mertajam. Salah seorangnya, adik cikgu Thawar Maisur.

Masa pra-ijazah di UiTM Kuantan, millions of thanks to my lecturers Madam Noraini, Mdm Baiyah, Mdm Rose, Dr. Jelani, Ustazah Razana, Ustaz Anhar dan beberapa yang lain. Terima kasih cikgu.

Yang terkini, terima kasih sangat-sangat buat pensyarah-pensyarah di UiTM Melaka. Mereka yang terlibat ialah allahyarham Mr. Ishak (bekas coordinator), Mdm Aida (current coordinator), Dr. Sujatha, Dr. David, Dr. Airene, Dr. Bano, Mdm Nagamany, Mdm Begum, Mr. Jeyarahman, Mr. Raja, Mr. Abdullah, Mr. Badrul Hisham, Mr. Razif, wo de loushi, Miss Juritah, Mdm Noraini dan Mdm Zainab (my supervisor). Harap-harap takdala nama yang tertinggal. Juga kepada semua pendidik di UiTM Kampus Bandaraya Melaka tak kiralah yang pernah mengajar saya or tidak. Saya sekarang dah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Saya juga bakal guru dan saya sangat berharap dapat mendidik pelajar-pelajar seperti mana yang telah diajar oleh guru-guru saya.

TERIMA KASIH CIKGU!! SAYA SAYANG CIKGU SAYA..

MY Last Day as a Degree Student..

Very Hepi lo when I looked at the final paper. Paper last tu (8May 2011) dahla tak berapa nak susah (tak senang jugala), yang paling penting saat habis belajar. Memang berdebar tunggu pengawas exam kata, “TESL Students, your time’s up! Put your pen and stop writing.” It’s like, I’ve achieved my goal. and it means a lot to me!

Sepanjang belajar ni, I can say that I’m not an excellent student (x pernah dapat DL pun) but not a bad student too (x pernah la below 3 pointer). Biasa-biasa jer.. Semua kerja I submitted on time and memang selalu buat kerja awal-awal..ada jugak yang last minute. Hahaha..Lumrah la kan..Memang tak pernah ada masalah dengan lecturer tapi pernah kantoi plagiarism sekali haisk!

Saya sangat suka my study life walaupun penat sangat. I have a lot of beautiful friends. Baik ke tak ke semua saya suka..Kerana merekalah saya mampu hidup tanpa keluarga di Melaka. I also gained many experiences. Pahit manis semuanya berharga. Thank you Allah for this gift..

Sunday, May 15, 2011

My Bf..

Weyceh, dah ada bf..wewitt!!! Hahaha..Mestila ada. Dah umur 24 kot. Kawan-kawan yang lain siap hantar kad jemputan kawin lagi. Okay straight to the point. Kenapa taknak tunjuk gambar bf? Actually, ramai kawan-kawan minta saya tunjukkan gambar LWH tapi saya nak minta maaf kerana tak dapat tunaikan permintaan anda tu untuk menghormati pendirian tuan punya gambar. Mungkin dia ada alasan tersendiri yang saya juga tak tau. Dikehendaki polis kah?? Jutawan yang mempunyai jutaan peminat kah?? atau Selebriti terkenal??? Hahaha..

Frankly speaking, he is just a humble guy with nothing. Tak kacak, tak kaya dan tak juga bergaya. However, with him I can achieve many things. Segala impian boleh menjadi kenyataan. He helped me a lot during my study time. Dulu abah memang tak berapa suka, tapi sekarang dah ok kot. At least he knows about us. Korang takyahla cari kat mana-mana website pun sebab mesti tak jumpa. Tunggula sehingga impiannya tercapai dulu then baru korang akan kenal siapa dia..or mungkin bila kitorang kawin hahaha...

Well, I don't hope much in this relationship. Manalatau kan tetiba takda jodoh. Korang gak yang nak gelakkan odeng kan?? Apa-apapun terimala segala kekurangan yang ada pada pasangan anda selagi dia tidak menyakiti atau menzalimi anda. Jangan buta kerana cinta tapi bercintalah kerana ianya indah.

Saturday, May 7, 2011

Saya peminjam yang ingkar???

Memandangkan percutian ke Bangkok sudah semakin dekat, saya pun terfikir untuk check status di imigresen. Manala tau kan..tengah-tengah excited tiba-tiba...So, just now saya pun buka la laman web ptptn untuk semak status memandangkan abang saya dulu pernah disenarai hitam dan menyebabkan dia tak dapat ke Brunei. Dalam hati takdela fikir apa-apa. Suddenly, i found out that my name dalam senarai hitam imigrasen..!!! Owh my GOD!!! Saya pun apa lagi terus la call pihak ptptn gelabah beb!!! Dorang advise buat surat rayuan and fax. Nanti pihak yang terlibat akan berbincang untuk menarik balik nama saya dengan syarat-syarat tertentu.

Kenapa kena blacklist walaupun baru habis belajar??Okay, actually saya dulu pernah membuat pinjaman ptptn before applied for the scholarship. Bila dah dapat, i stop to use the loan. Yela, karang tak pasal-pasal hutang berlambak-lambak. Pinjaman tu takdela banyak sangat tapi I still do not afford to pay back in full. Tak keja lagi kan camna nak bayar?? Masalahnya sekarang ni, bila nak stop ptptn kena bayar balik semua wang pinjaman tersebut or else buat surat penangguhan.

Surat penangguhan tu actually dah buat, tapi tak dapat jawapan means dia tak proceed. Sebelum memang pernah dapat surat dari peguam semua and dah call tanya. Tapi masih tak settle. Geram jugala dengan pihak ptptn ni, dah orang belum bekerja camna nak bayar kan??Pergi luar negara tu bukan pakai duit yang banyak pun. Setakat 2 3 ribu, mana cukup nak bayar ptptn kan??Minggu depan, i'll try to settle it down and tengokla camna..Harap-harap perkara ni akan selesai dengan segera agar tiket yang sudah dibeli tidak burn camtu ja..sobsobsob..T____T"

Thursday, May 5, 2011

OMG it's already a month!!

Yes I know it's already a month i didn't update my blog. But who cares kan?? At this time, i just have to focus for my last paper. The other two papers have past and i've also done with my thesis..Owh so happy!!! Saya juga sedang look forward for my next vacation which is Bangkok.(Sawadikapp...) So,bila bosan-bosan saya akan survey hotel and lokasi percutian di sana. Bila akan pergi tu, i'll let u know later but for sure after i have finished with all these study things..(any idea about the place??) Memang sangat penat belajar ni especially bila dah lama sangat!(eh bukan tengah plan nak sambung master ke??) Ye akan sambung master but it will not be so soon. Tengokla hujung tahun ni ke camna..

Percintaan macam biasa (eceh!). Cuma belum ada perancangan untuk mengakhiri hubungan ke alam perkahwinan. LWH nak jadi bos dulu so, i have to wait for him to achieve his dream which mean saya pun kena ada impian jadi jadi isteri bos la. kahkahkah!!!(giler x cool gelak). Sekarang ni memang tak sabar nak abiskan belajar dan kembali ke kampung halaman. Kedah, i really miss my hometown!!!

With friends during Sports Closing Ceremony