Saturday, October 23, 2010

Seorang lagi pelajar Malaysia meninggal dunia..

Saya yakin, mesti ramai di kalangan anda telah mengetahui berita kematian saudari Inani Zulaikha, seorang pelajar tahun 4 perubatan di Bandung. Punca kematian mungkin akibat sesak nafas kerana beliau pernah mengadu sakit-sakit belakang kepada abangnya sejak seminggu sebelum kematian beliau.Yela, ajal maut di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak takdir kan? Cik Zulaikha merupakan anak kedua dan sangat rapat dengan ibu dan abangnya. Saya secara peribadi, tidak mengenali beliau namun apabila membaca akhbar dan menonton televisyen, saya yakin kita telah kehilangan seorang bakal doctor yang hebat dan merupakan satu kerugian kepada negara. Namun begitu, apabila saya menonton berita tentang kematian beliau, saya dapat rasakan bahawa beliau seorang yang sangat terpelihara. Bayangkan, upacara sembahyang jenazah diadakan pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat yang mana hampir penuh masjid orang bersolat jenazah untuk arwah. Saya pernah mendengar ceramah (maaf jika saya salah dengar) bahawa jika lebih 100 orang hadir untuk solat jenazah, maka mayat tersebut terlepas dari seksa kubur. Ditambah pula, hujan renyai yang turun ketika pengebumian beliau seolah-olah menangisi pemergian arwah. Ayah saya juga berkata cara pemergian Cik Inani Zulaikha sangat elok.  

Kepada keluarga Cik Zulaikha tabah menghadapi ujian Allah ini. Dari Dia kita datang, dan kepada Dia-lah kita kembali. Mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman. Amin..

Basketball Match

Just now, my boifren told me that he watched basketball match. Since he always spends most of his time working, so I encourage him to have some fun. Basketball is one of his favourite sports (walaupun masa belajar kat university dulu main boling padang/lawn ball =,). Bukan nak cerita pasal dia tengok bola keranjang tu ye tapi pasal kejadian yang berlaku during the match. There was 1 player yang threw the ball into the opponent team which mean he helped the other team to get the marks OMG!! Then, tetiba lak blackout padahal dekat luar dewan elektrik ada jerr. Takda siapa yang berani nak pergi check kerosakan tersebut  even actually it's just a small mistake. Orang Kedah kata "jengtat or bidas". In English we call it as "short-circuit". So all players were given a short break (sampai elektrik ada balik la). Luckily, this incident happened just in a short period. Perlawanan pun berlangsung kembali. Nasibla team player yang masukkan bola ke dalam jaring lawan tu menang, kalau tak mau gaduh besar tu!! Haha~

Tuesday, October 19, 2010

Good Days!!

My days are owsome!! Thanks to my friend Nurul Izati Bt Mohd Fahmi (I call her Izat) for accompany me. Di Alor Setar, memang ramai kawan tapi kebanyakannya busy dengan kerja masing-masing. Memandangkan Izat sudah habis degree and nak further for her master, so she has plenty of time to spend. Since I have to take care of my youngest sister at home because she has to sit for her final exams, so I 'm going to be alone. Bukan selalu dapat masa free macam ni kan so apa lagi ronggeng (going out) la..~ Pagi-pagi, lepas hantar adik ke sekolah terus pergi jogging kat Taman Rimba. Then, kami keluar la mana-mana untuk luangkan masa sampai adik saya balik sekolah. Petang rehat kejap then malam keluar makan. Memandangkan kami tinggal berdua saja, so I decide to eat outside rather than cooking. 

Berbalik kepada jogging tadi, Izat ajak saya pergi jogging sebab katanya nak kurus. Tapi taktaula kat mana gemuknya tu..Saya rasala, kebanyakan kawan-kawan saya ada symptom low-confident about their weight. Setahu saya, lelaki lagi suka perempuan yang berisi. Betul tak?? Kat taman rekreasi tersebut, ada di ajar tai chi. Hari pertama ke sana, kami terlepas untuk mengikuti latihan tai chi tersebut. Jadi pada hari ini, awal-awal lagi kami dah tunggu uncle yang nak ajar tai chi. Dapatla kami ikut dari mula. Penat... Latihan tai chi ni banyak menggunakan sistem pernafasan. Dia mengajar kita cara menggunakan sistem pernafasan dengan betul. Berpeluh jugala, hilang lemak beberapa kg haha~  Esok Insyaallah kami akan pergi lagi. Kali ni nak ajak jiran sekali hehe..Kesian dia sorang-sorang.

Taman Rimba

Kawasan sekeliling mengingatkan 
saya kepada Kuantan

Izati tengah Tai Chi

 Antara yang hadir untuk Tai Chi

Thursday, October 14, 2010

Lee Chong Wei

If people ask me who is your favourite player or athlete? Definitely I would say Datuk Lee Chong Wei..Semakin lama tengok permainan dia, semakin jatuh cinta. Wajahnya yang polos dan innocent, makes my heart beats fast and I can’t even blink my eyes. Yes, I’m in love with his performance and can’t help myself from watching it (memang minat giler game dia). Luckily, I found someone which looks like him (believe me) but with no Datuk la..Nama pun dekat-dekat sama. The shape of their face are same BUT ketinggian tak sama hehehe~ Gigi?? Owh tak nak jawabla.. Saya taknak datuk sebab gelaran datin macam tak best! Kedengaran tua betul tak??

p/s: He won Gold Medal again in Commonwealth..Congratulations~

Tuesday, October 12, 2010

I'm looking forward for the vacation..

I now concentrate on my vacation next 2 weeks. A lot of preparations need to be done such as hotels, places to visit and transportation to move from one place to another place. I have to calculate carefully so that I wouldn't over the budget. Nak pergi banyak hari kan so kenala bijak berbelanja. Kalau tak, mati kutu kami di sana nanti..Okeh, my first day there, I will stop at Macau. We will stay there maybe for one day only to have a good rest because we will arrive there in the evening so no time to jalan-jalan. Next day, we will go to Shenzen for 2days (maybe) then, take a ferry to Hong Kong for few days (3 or 4days). I really want to go to Disneyland!! But i heard Disneyland is very expensive. Bayangkan hotel dia untuk 2 hari saja seribu lebih (more than 1000). Nak masuk dalam maybe 3, 4 ratus. Ishk!! Then, we will drive(tak tau lagi nek apa sebenarnya) back to Macau and stay there until the last day because we have booked the return ticket at Macau.

P/S: Anyone wants to help me `bout the hotel??

Sunday, October 10, 2010

I'm a rubber collector..

Korang mesti takda pengalaman menoreh getah kan? Hahaha saya pun! TAPI...saya ada pengalaman mengutip getah scrub. Percaya tak??Yela..korang kan hidup zaman serba canggih dan moden, mana ada pengalaman masuk ladang getah..Kebanyakkan penduduk di kawasan ini bekerja sebagai penoreh getah (so ko nak cakap yang ko pun jadi penoreh?). Dulu saya pernah bagitau anda yang ibu bapa saya telah berpindah ke kampung jadi kaitannya di sini, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Sebenarnya takda masalah sangat sebab bagi saya kat mana-mana pun sama je cuma cara pembawakan kita dan macam mana kita nak menerima pembaharuan tersebut. Cepatla cerita kaitan tajuk dengan post harini..

Owh okay. Actually, yesterday my cousin who is a rubber tapper, wanted to collect the rubber. Unfortunately, her husband was not feeling well (demam). So, dia pun nak cari orang nak tolong dia collect the rubber so that she could finish the work earlier. Kitorang nak ke Alor Setar cari pasu bunga dan membeli belah. Dengan tiba-tiba i said, let me help you. What?? Bila abah dapat tahu, abah cakap nak pengsan! Semua orang pun macam tak percaya. My untie siap cakap lagi, dulu masa kecik-kecik saya selalu cakap eeee..busuk! Tapi manusia kan berubah. Dah besar saya semakin matang dan ingin mencuba pelbagai benda. 

Mengutip getah scrub memang busuk tak dinafikan. Tangan anda akan berbau seharian walaupun dicuci berpuluh-puluh kali. Masa menghulurkan bantuan tak fikir segala bahaya yang ada. Ular, pacat, nyamuk jatuh bukit macam-macam la tapi masa hari nak pergi tu baru terfikir semua tu. Then, mula la tanya sepupu pasal bahaya tu semua.. Pukul 7.30a.m, sepupu pun datang jemput. Dengan berpakaian lengkap, kasut sekolah okay sebab boot takda, kami pun menaiki motosikal menyusuri ladang getah yang jauh ke dalam dan bercerun. Tangan saya balut dengan plastik takut berbau. Malangnya masa tengah kutip getah tersebut, plastik terkoyak jadi.....tanganku berbau jugak!!!!! Dalam hati berdoa banyak-banyak semoga takda ular. Pacat okay sikit eceh~ 

Baru saya tahu rupa-rupanya teruk juga menjadi penoreh getah ni walaupun pendapatannya agak lumayan. Bayangkan sekali kutip getah tersebut, boleh dapat hampir RM400 or sometimes lebih dari tu..Getah akan dikutip seminggu sekali or 2 kali bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau hujan, takdala kutipan. Itulah risiko yang perlu  mereka hadapi. Nak kutip getah tu pun bukan sekali harung, bila dah penuh baldi kena masukkan dalam guni, then patah balik ke dalam ladang tu then kutip lagi. Pokok getah ditanam secara baris dan setiap baris ditanam secara bertingkat. Maksudnya ada curam sikitla. Bahaya okay! Saiz ladang getah  pulak bergantung kepada pemiliknya..Kalau besar, banyakla pendapatan tapi nak mengerjakannya juga penatla. Actually nak ambil gambar masa mengutip getah tersebut tapi takut handphone berbau jadi  saya batalkan saja niat tersebut. Inilah adalah pengalaman pertama tapi taktaula pengalaman menoreh getah ada ke tak. Sepupu saya cakap, menoreh getah 10x lebih seronok berbanding mengutip getah. Yela tu..

Apa-apapun, inilah pengalaman baru saya sepanjang berusia 23 tahun ini. Siapa tahu pada masa hadapan, saya mungkin tak berpeluang lagi. Sekurang-kurangnya, saya pernah merasa apa yang pernah dilakukan oleh orang-orang kampung. Saya bukan orang bandar yang berpelajaran tapi taktau kesusahan orang kampung. Abah dan mak pun tak penah buat kerja-kerja tersebut. Hahaha~ Saya yang terbaik!!

Friday, October 8, 2010

Hong Kong Dollar


HKD ni saya tukar dalam bulan puasa yang lepas. Masa tu currency tengah tinggi lagi so kerugian hampir RM100 juga berbanding nilai sekarang. Tapi mata wang ni kita tak boleh agak kan jadi untung rugi kena terima la juga *walaupun kenyataannya hati sakit okeh*. CNY belum tukar lagi tapi tak berniat untuk tukar banyak pun sebab nak pergi Shenzhen 2 hari saja. Check it out the money.




Thursday, October 7, 2010

Post Practicum..

Currently, I'm doing my post practicum assignment which supposedly held on 25th October. Since I'm going to Macau on 26, my lecturer gave this assignment to me earlier. I have no idea what to based on the topic "Students with learning difficulties and what are the measures, steps or strategies the school employs to address this problem?" Almost 70% done but do not how to continue the task. Even I still have another 2 weeks to complete this task but still have another 30% aite?? Actually in post practicum we have to share our experience during our teaching practicum with the whole class and do some presentations. The BEST thing, it is in group works. In my case, I have to do it alone and do some research bout the topic. Padan muka heh!! However, I would like to say thanks to LWH for all the helps, supports, encourages and consideration. Terima kasih kerana memahami dan memenuhi setiap permintaan saya. You mean so much to me! xoxo

Wednesday, October 6, 2010

Commonwealth Game New Delhi


GOOD LUCK MALAYSIA....!!! 

I only follow on TV hehehe~

CONGRATULATIONS to all the athletes that have won the

medals. We in Malaysia always pray for the success.

Tuesday, October 5, 2010

Gelang emas

Taktau la harini hari yang gembira ke tak.. Selepas masukkan duit ke dalam akaun ASB sepupu, saya bertekad untuk jual emas lebihan gelang mak (haritu beli panjang sangat jadi kena potong) yang saya beli 2 hari lepas dan 2 bentuk cincin mak yang dah lama. Mak nak ganti dengan loket tapi saya tak berapa suka. Sebenarnya memang sangat rugi kalau jual beli emas ini sebab harga akan jatuh agak banyak. Contohnya; jika emas anda tu berharga RM1100 anda hanya akan dapat dalam RM800 ja paling banyak pun (rugi dalam 2-3gram lebih bergantung pada jenis emas). Memandangkan nilai emas sekarang agak tinggi, jadi anda kena survey betul-betul sebab walaupun 1%, anda akan kerugian banyak juga. Ada kedai akan mengambil setinggi 35% dari nilai sebenar emas tersebut, ada yang mengambil serendah 15% dan macam-macam lagi. But i tell you sebenarnya harga lebih kurang ja cuma anda kena bijak mengira. Kalau 15%, kena tengok berapa nilai emas yang dorang bagi. Harga pasaran sekarang RM146 untuk 1gram emas tapi anda tak akan dapat harga tersebut jika nak jual atau trade-in dengan barang lain. Jadi saya hanya bercadang untuk menjual barang-barang tersebut dan masukkan duit tersebut ke dalam ASB saya.

Emas ni plak ada banyak jenis. Ada emas 916, 512, 999, 2.2k dan macam-macam lagi la. Dorang yang beli emas ni akan leburkan balik untuk jadikan emas 10 then baru tentukan jenis emas tersebut. Ada barang kemas tu kita tengok besar tapi sebenarnya kosong dan ringan je. Ada juga kita tengok kecik je tapi sebenarnya padat dan berat. Saya sebenarnya minat cincin tapi tunggu cincin tunang dan kahwinla huhuhu~ **Ehem ehem. Sayang sila ambil perhatian** 

Pada masa yang sama, saya tengok-tengokla cincin dan gelang yang ada di situ. Tetiba mata tertumpu pada satu gelang bebola yang cantik. Kawan pun cakap cantik so hati mula rasa teringin untuk memiliki gelang tersebut. Setelah mengira-ngira dengan jurujual di sana, saya tukarkan 2 cincin  emak dan seutas rantai saya dengan gelang tersebut. Mak okay saja bila saya call tanya. Akhirnya, saya menukarkan lebihan gelang emas dengan wang tunai dan 2 bentuk cincin+seutas rantai kecil saya kepada gelang baru.. Rugi mungkin beberapa ratus sahaja (5.4g) dengan nilai sekarang tapi jika dibandingkan harga masa beli dahulu, untung saya agak banyak. Yang penting dapat gelang baru hehehe..Wang tunai akan dimasukan ke dalam ASB.

Ini adalah pengalaman pertama saya menjual beli emas. Selama ni tak pernah kisah pun pasal barang-barang kemas ni. Mak bagi pakai je..Adakah saya semakin dewasa??

P/S: Visa ke China dah siap, tunggu masa berlepas je..Can't wait!!

Monday, October 4, 2010

Puasa enam

Today is my last day of fasting. Puasa 6 okeh! Memang berniat untuk puasa enam setiap tahun pun. Jadi pada tahun ni taknak ketinggalan. Dah tua-tua pun malas nak puasa lagi iskh2~ Yang menjadi keraguan saya selama ini, boleh tak puasa 6 disekalikan dengan puasa ganti? Esok raya sekali lagi. Malam ni dapat makan ketupat yeayyy!!!

Sunday, October 3, 2010

Cucur Badak

Hari ini nak ajar macam mana cara nak buat cucur badak. Eceh macam pandai ja..! Saya belajar daripada sepupu sangat mudah dan sedap.

Bahan-bahannya:
1. Ubi keledek (bahan paling penting)
2. Tepung gandum
3. Cabai kering
4. Bawang
5. Serai
6. Jintan manis
7. Kelapa muda
8. Udang kecil

Cara membuatnya pula:
1. Rebus ubi keledek sehingga lembut/empuk
2. Bila dah sejuk sikit, lenyekkan ubi tersebut dan masukan sedikit tepung gandum (sikit saja okay jangan banyak nanti keras)
3. Kalau takut melekat, guna sedikit minyak letak kat tangan. 
Lepas buang kulit, potong ubi keledek ni kecik2 then rebus.
Air jangan banyak sangat okay!

Lenyekkan ubi yang telah direbus tersebut.
Masukkan tepung gandum

Inila rupa adunan yang telah diuli..


Cara nak membuat inti:

Blander cabai kering, serai,bawang besar dan jintan manis. Letakla garam dan gula secukup rasa. Make sure inti anda tu manis ye baru sedap! Then tumiskan ke dalam periuk bersama kelapa muda dan udang tersebut. JANGAN letak minyak okeh! Tumis sehingga kering then biarkan sejuk, letakkan ke dalam adunan tadi.
Bila dah siap uli, bolehla menggoreng. 
Uli bulat-bulat macam badak tu hehehe~

Hati-hati menggoreng jangan sampai hangus!

Cucur badak telah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!!

Biskut Raya..

Dulu saya pernah post pasal biskut raya yang telah saya buat tapi tak berkesempatan nak post gambar sebab handphone ada kat LWH (click to link). Dalam masa seminggu saya hanya sempat siapkan dalam 6 jenis biskut. So, sekarang saya nak tunjukkan gambar-gambar tersebut okay? 
Biskut Arab 
(saya paling pandai buat biskut ni)
 Biskut Arab ni setiap tahun saya buat sebab sangat senang.Tapi masa untuk siapkan biskut ni agak lama dan membosankan.Kalau anda berminat boleh order dari saya  ye. Dijamin sedap! hehehe~
 Popia nestum
(sangat easy)
 Popia nestum ni saya belajar buat selepas cuba yang kawan punya.Bila search kat internet senang sangat nak buat biskut ni. Jadi berbalang-balang saya buat. Sedap okeh! Kalau anda tak makan nestum, boleh juga tukarkan kepada ho..ho..horlick!

Cornflakes Madu
 Tahun ni buat biskut cornflakes tak berapa jadi. Mungkin sebab letak madu or butter tak cukup so cornflakes tak berapa nak melekat antara satu sama lain..Bak kata orang Kedah "qhelai"

Samperit
Ni pun first time buat samperit. Sebelum ni mak yang buat adunan, saya tolong buat bunga ja..Mak  memang tak buat langsung biskut raya tahun ni. Jadi, saya mengerahkan semua anak-anak buah yang ada+adik bongsu+kakak ipar untuk tolong. Mak sempat lagi complain yang biskut saya tak cantik sebab bunga tak jadi. Tapi kak ipar I suka okay! Siap jual kat kawan I lagi hehe~ Nak order??
Selain biskut-biskut di atas, saya juga ada cuba buat biskut shortbread yang ada white coklat tu dan chocoloate chip.Tahun depan dah habis belajar, hopefully saya boleh try lebih banyak biskut..

Friday, October 1, 2010

It's actually iPhone 3Gs..

My previous post about iPhone, I put 3G so bf tegur and said it's actually 3Gs..Saya sebenarnya taktau pun apa beza iPhone 3G and 3Gs..yang terbaru iPhone 4G. Yang pasti iPhone ni canggih dan mahal. Okay sesiapa yang mampu boleh beli. Saya tak mampu ='(

Sekarang ni dah mula bercuti selama 3 bulan sebelum semester akhir tahun depan. So,, kena get ready and prepare mental n physical untuk segala kebuzian.. Sometimes I wonder, adakah tahun hadapan saya akan menamatkan zaman bujang dengan si buah hati? Yesterday, my father knew about my relationship with LWH. Before this, memang abah tak suka habis tapi selepas dia tahu kebaikan si dia, abah pun macam dah boleh terima walaupun hati tak berapa suka. At least dia cakap "nasib kawan dengan Cina, kalau ____, abah memang tak bagi sampai bila-bila pun!" Tersenyum riang I tau!! Anyway, life is going smooth. Tengah tolong mak dengan bisnes kedai makan yang baru sangat dibuka. Disebabkan baru berpindah, jadi kami pun cuba benda baru. Kalau tak berhasil, sekurang-kurangnya dapat timba pengalaman betul x??

Last Day as a Trainee Teacher

It's been so long I have not updated my blog..Sorry readers out there. Entahla sama ada busy or malas. Actually dah buat draft untuk cerita yang nak di post tapi tak sempat lak nak edit. By the way, today nak cerita pasal hari terakhir bergelar seorang guru. My last day as a trainee teacher was quite _______(what to say,,fun?sad?smooth?). Pejam celik pejam celik dah 24hb9. Alhamdulillah dah settle practicum. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Students pun kata macam tu. “Sekejap je teacher”. Padahal dah 3 bulan okeh~ I’m so glad that I’ve done my job very well (hopefully). Semoga saya telah melakukan sesuatu yang terbaik dan tak meninggalkan kesan yang negative terhadap semua pihak di SMKTM ni. Semua perkara yang saya lakukan adalah ikhlas dan harap-harap mereka pun menerima apa yang telah saya lakukan dengan ikhlas. Sangat banyak input yang saya dapat sepanjang menjadi guru pelatih di sini dan yang paling tak dapat dilupakan adalah saat bersama pelajar-pelajar saya. Gonna miss you guys xoxo..

Form4 Omega

With some of the Form1 Arif students
(Tak sempat nak ambil gambar beramai-ramai 
sebab only have 1 period. Plus, they made a 
suprised party for me. Tq semua..)

Dalam kegembiraan yang terpancar, terdapat juga kebimbangan dan kegelisahan di hati ini. Rancangan untuk ke Macau, Shenzhen dan Hong Kong mungkin terpaksa dibatalkan kerana post practicum akan diadakan pada tarikh yang sama saya nak ke sana. Oleh itu, saya dengan segala usaha yang ada cuba berbincang  dengan lecturer supaya consider dengan masalah tersebut. Mesti sangat terkilan kalau tak dapat pergi sebab akan kerugian yang tak sikit. Siap buat biskut raya bagi lagi haha..~At last lecturer cakap okay. Dia bagi  assignment suruh buat di rumah and submit before post prac sebenar. HONGKONG I'm coming!!! =)