Monday, September 20, 2010

iPhone 3G

Anda ada tak gadget yang mahal tapi taktau guna?Baru-baru bf pinjamkan iPhone 3G dia kepada saya konon nak try la handphone mahal kan..tapi memang taktau gunala..terhegeh-hegeh juga nak belajar menaip message and call orang. Number phone dari simcard memang taktau cari langsung sampai sekarang. So, kepada kawan-kawan yang ada msg or call, saya pandai-pandai agak je siapa call hehe..Handphone kalau tak salah harga dia lebih RM2k++ tapi bf dapat free okeh~(macam mana boleh dapat free, biarlah rahsia). Tapi macam mana pun handphone ni agak menarik walaupun agak besar tapi best jugala. Lepas ni tak payahla lagi bawa laptop ke sekolah, iPhone dah ada. Bosan-bosan dalam kelas, I buka wifi (kantoi!!)
Tapi kan, 2 3 hari lepas saya ada online guna iPhone tu. Disebabkan buta teknologi dan kecanggihan gadget sekarang ni, bil telefon DIGI melambung sebab taktau nak log out iPhone tu..Nak dijadikan cerita, saya terus tukar sim dari DIGI ke MAXIS yang takda kredit tu..Pastu bf pun ajar macam mana nak log out. Belajar tapi tak berani juga guna. Yang, u amik balik la iPhone tu, bagi I phone lain boleh?

Tarra ini la model iPhone itu..

Wednesday, September 15, 2010

Raya

Dah lama tak tulis blog. Sangat busy okies+kat kampung takda internet~ Today nak cerita pengalaman berhari raya pada tahun ini. Memang lain sikit sebab saya berpindah rumah dari suasana bandar ke suasana kampung. Saya mula bercuti seminggu sebelum raya and pada tahun ni untuk pertama kalinya naik bus stop kat Sungai Petani. Sebelum ni mesti stop kat Alor Setar tapi sebab parents dah pindah ke Sik, Kedah jadi saya pun pindah la sekali. Yela takkan nak tinggal berasingan dengan parents lak kan? Sayang jauh sikit dari you okay?
Sampai kat rumah dah pagi and tak sempat bersahur pun kat rumah. Hari pertama pun dah bz. Kena jadi driver mak ke pasar awal-awal pagi. Then, tolong mak kat kedai makan sampai petang. Ahad saya ke Sungai Petani mengambil adik dari UiTM terus ke Alor Setar mengambil langsir dan barang-barang keperluan lain dari rumah. Isnin dah start buat kuih raya. Semua resepi yang saya download saya cuba buat sendiri. Contohnya, samperit, biskut cornflakes bermadu, biskut shortbread, biskut arab, biskut nestum dan chocolate chip. Walaupun tak jadi sangat tapi hasilnya agak memberangsangkan. First time buat biskut tak mungkin terus superb jadi kan?? Actually nak download sumer biskut-biskut tersebut tapi handphone ada kat LWH pulak so pictures will be posted later okay?