Sunday, March 28, 2010

Tepuk tanda Sayang...(tepuk 2x) Muah! Muah!!

Yeay!! Berjaya juga habiskan projek counseling untuk semester ini. Alhamdulillah, dalam tekanan kerja yang sangat banyak (salah sendiri ok), saya dan rakan-rakan sepasukan berjaya menjalankan satu projek counseling yang diberi nama "English is Fun". Lebih kurang English course la yang ada aktiviti-aktiviti dan penilaian terhadap course tersebut. Ala korang dulu-dulu pun pernah alami..Course tersebut berjalan selama 2 hari iaitu pada 27hb dan 28hb. March di SMK Tinggi Perempuan Melaka. Terima kasih kawan-kawan atas kerjasama anda semua. Tak lupa juga kepada pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat. Kepada peserta, you were OWESOME!! Tak dinafikan ada beberapa masalah teknikal ketika menjalankan aktiviti tersebut, namun dengan kerjasama rakan sepasukan, semua masalah dapat diselesaikan dengan segera. All the participants were very CREATIVE. They had come out with good logo, motto and cheer. They also could do a role play within half an hour and create a group's song within half an hour. Can you imagine that form2 students were very creative in making those things? Yes they were! Let's see some photos about their creativity.

Smarties Group

 Nasi Lemak Group


Brilliant Bravo Group

There were 8 groups altogether and the other five were Dutch Lady group, The mousedeer, Umei group, 6+1 group and Wonder Gurlz group. They came out with cheers and groups' song which to me was very creative and excellent! They also gave good cooperation to each other and I could see the collaboration among them during the activities. We were very happy that the school were pleased to have us and wanted us to come again for other activities. Insyaallah, we will think of that. 

After the activities end, all the facilitators felt like  "Artis". Mana taknya, students siap minta sain dengan nombor telefon lagi. Perkara biasa yang berlaku apabila kitaorang buat projek macam ni mesti students akan  minta sain dengan kata-kata semangat (kalau tak caya sila buat program macam ni). 2 3 hari lepas ni mesti ada panggilan misteri or message dari kalangan pelajar tersebut. HAHAHA

Jom tengok aktiviti yang diadakan sikit:

Students cooperated to do their flag/logo

They had to present their logo, motto and cheer (very creative ok!)


They presented their cheer (thumbs up!)

Yeyy!!

They were very cooperative

Students would ask the facilitators if they have any problems

There are more pictures in my folder but I will keep them as memory. We have achieved our objective in order to raise up their interest in English language. Hope there is no negative comment about our activities from that school. Thank you, thank you and thank you.  
People out there, do believe that "ENGLISH is FUN'

Thursday, March 25, 2010

Why I like my bf?

Teng! Tetiba.. Kebanyakan dari kita mesti pernah menyukai dan mungkin sedang menyukai seseorang kan?Actually there is no reason for love aite? Bila hati dah suka nak describe macam mana pun tak kena. Bagi saya kriteria-kriteria yang ada pada si dia membuatkan saya terus menyukai dia..
1. Dia lagi tua dari saya. (wajib sebab saya tak suka lelaki yang muda dari saya,pemikiran diorang selalunya lambat matang) Yang you dah tua..
2. Sayang sangat pemurah. (Tolong tambah elaun I untuk post ini okay!)
3. Dia bijak. Selalu ponteng kuliah tapi dapat dekan juga. Dulu bf I Engineer tau (poyo je) tapi berhenti sebab taknak biarkan mak sorang-sorang kat rumah, abang dan kakak-kakak semua kerja jauh-jauh (anak bongsu la katakan..ke sebab you anak manja?hah pilih cepat!) tapi sekarang dah jadi buruh kasar hahaha..
4. Kacak. (wewitt!! Ada awek suka mengorat dia..tapi saya rasa dia tak kacak pun hehe)
5. Sangat rajin. Kerja tak kira masa. Time is money..(pray hard supaya you cepat KAYA**)
6. Seorang yang baik hati, tak kedekut (tapi suka postpone hadiah camna tu?.)
7. Seorang yang bertanggung jawab. (setiap bulan bagi mak 1/3 duit gaji, tolong kakak yang sambung belajar, tolong gf yang masih belajar uiks)
8. Always by my side every moment. Sedih, gembira, kecewa, marah, kecik hati, sakit, etc..
9. My good adviser. (tak semua benda saya akan ceritakan pada parents or family so saya cerita pada dia)
10. My ALONG!!(no interest for any loan..nak try x?hahaha)
11. Sang pencinta yang setia.. (i trust in you)
And lots more about you....Thank you for coloring my life...=)

>>Post tak bleh blah..

Tuesday, March 23, 2010

Some notes for this week..

Sorry for jarang update this blog.. Seriously sangat busy. Another 3 weeks to go..Sayang suruh update blog sebab nak baca. Baiklah I update okay! Last week, I played netball for my team (go go TESL). Unfortunately, we lost the game because not many of us know how to play netball. Nevermind, we still enjoy the game. Then, I tanggung akibatnya which my face habis kering dan mengelupas. We are having sport day this week starting from last Saturday until this coming Saturday. However, I just can manage to play 1 game which was netball because I have other comittment to do. Sayang wants to meet since it has been  a month we haven't meet each other. He is in Langkawi now doing some works. Okay sayang meet you next week. Can't wait! As usual, jangan lupa belikan I chocolate okay? I MISS YOU

Malam ni plan nak pergi tengok bowling but not sure yet because I have things to do. Have to re-do microteaching writing and doing proposal for counseling. Next week, two tests are coming and 1 minifolio. Kuliah tinggal lagi 3 minggu and things must be settled before the examinations week. Praticum will start on 21st Jun and finish around September. Can't wait to become a teacher too..

Wednesday, March 17, 2010

Why should say NO to AB Express?

Last Sunday, I went back to Malacca by AB Express. How I regret to take that bus. You know why? First, it was not punctual. The bus should leave at 11.00a.m but it left at 11.30a.m.(time is so precious for those who want to repent). Next, it took so long to reach Malacca you know. Around 9hours instead of 7hours (okla paling lambat pun should be 8hours) because it stopped at 3 stations (kata express) which were Ipoh, Puduraya and Seremban. Menyesal tak naik transnasional or bus lain. Usually, I take Transnasional because that company is so punctual  (I suggest this for those who really particular about time) however, company tersebut suka cekik darah. If you want to change the ticket or sell it, you will be charged. Silap haribulan, harga dia sama dengan harga korang beli tiket baru.

Terjadi satu kes dalam bus tersebut di mana berlaku kebocoran "aircond" (rasanyala), so seorang penumpang ni buatla aduan tempat dia basah. Pihak company tengok and just say, "Allah" without doing anything. I thought he was going to handle the case, but he just went down from the bus and left it like that. Poor that passenger. Kalau sayala, memang mengamuk kot! Namun, penumpang tadi hanya berada dua jam dia dalam bus. Ketika dia stesen minyak petronas, penumpang tadi pun turun. Taktaula dia memang nak turun kat situ ataupun dia suruh siapa-siapa datang ambil. So, korang fikirla baik-baik jika hendak berjalan jauh. Flight sekarang pun dah ta mahal semua orang pun dah mampu naik. Tapi kalau pilihan hanya bus, buatla keputusan yang bijak. Jangan sampai kena tipu okay!

"Aircond" yang bocor

Tempat passenger tersebut
Nampak tak titisan air kat pemegang kerusi tu??

Thursday, March 11, 2010

Home Sweet Home..

Dah 3 bulan tak balik rumah, akhirnya saya membuat keputusan untuk balik pada minggu ini. Now, I'm home hoyyee!!! Dah lama tak naik bas jauh-jauh so kepenatan begitu terasa. Sejuk kot dalam bas. Hampir 9jam berada dalam bas sengal habis tulang-tulang. Keputusan SPM keluar hari ni dan adik lelaki saya merupakan salah seorang yang berdebar-debar menunggu keputusannya. Result tak begitu memberangsangkan namun semua lulus dan ada peluang untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi. Apa-apapun tahniah especially yang mendapat result cemerlang!!

Berjumpa sayang sekejap untuk meminjam broadband. Kat kampung nanti takda internet so kena bawa broadband nak isikan borang UPU adik saya. I MISS you a lot sebab dah lama tak jumpa  (hampir sebulan) walaupun hari-hari berbual di telefon. Sayang membebel di telefon tentang keputusan saya untuk mengisi pilihan course bagi pihak adik. Dia cakap biar adik saya yang membuat keputusan sendiri kerana apa-apa nanti, adik saya tidak akan menyalahkan sesiapa. Erm mungkin betul kata dia. Apa-apapun, assignment mesti disiapkan di mana jua saya berada. Cuti-cuti juga kerja kena buat okay!

Tuesday, March 9, 2010

Hey I'm writing in the class!!

Teruk betul perangai saya pada hari ini (ceh padahal dah selalu pn), boleh lak menulis blog di dalam kelas menggunakn handphone kawan.. Sekarang ni tengah subjek counseling (human development) kawan-kawan tengah present, saya kat belakang duk main blog (tak baik tau!). Bermula dari minggu lepas, kami busy giler sampaikan tak ada masa untuk bersuka ria (eceh). Perkara yang paling tak boleh dilupakan adalah dikritik teruk oleh pensyarah tentang assignment dan juga presentation sehingga dilabel sebagai "gedik". OMG! Cikgu boleh directly said that to the student? Malu okek! Karang aku sumpah padan muka *amg#$@&*. Kelas dah tamat kena berhenti sekarang. C ya!

Monday, March 8, 2010

Apa itu CMS?

Dah 2 minggu tak tulis blog. Banyak peristiwa suka duka berlaku dalam hidup saya. Hari ni pun ada cerita yang perlu dikongsi. Tapi nak start dari kerjaya dulu la. Eceh! Shift kerja saya adalah dari hari Rabu sampai Ahad sebab takda kelas. Rabu tu ada kelas tapi tengahari so saya kerjala pagi. Kalau sibuk saya tak kerja. Jadual kerja sangat fleksible sebab manager sangat memahami. Ni benda baru yang saya nak kongsi dengan anda semua. Pernah dengar tak perkataan CMS? CMS tu singkatan untuk customer mistery service di mana setiap restoran makanan segera ni mesti ada orang untuk evaluate. Tak kira la nak evaluate pekerja ke atau service. Kita tak akan tahu siapa CMS tu sebab dia akan datang macam pelanggan biasa. Tak kirala lelaki ke perempuan, Melayu ke Cina ke India ke, tua atau muda. Banyak aspect yang akan dinilai dan markah penuh adalah 100%. Nak tahu bulan Februari lepas nama saya naik. Maknanya tanpa saya sedar, saya telah berhadapan dengan mistery customer. Hah macam mana prestasi?? Setelah hampir 6 bulan saya bekerja sebagai sambilan, ini adalah kali pertama nama saya naik. Jeng jeng jeng..Markah yang diperolehi adalah 97% yeayyy!!!!! Tarikh customer tu datang adalah 12 Februari iaitu sehari selepas birthday saya dan saya anggap itu adalah antara perkara terbaik berlaku sempena hari jadi saya. Satu pencapaian yang sungguh okay di mana bulan sebelumnya markah yang diperolehi hanyalah 37%. Mungkin sebab pekerja tersebut masih baru dan tak tahu handle customer. Actually, kalau kita bekerja dengan ikhlas, tak kisahla bila pun CMS akan datang kita tak perlu risau. 97% bukanla markah yang paling tinggi ye sebab pernah seorang rider (penghantar pizza) mendapat 100%. Hebat kan? Bulan ini telah meningkat sedikit iaitu 98% tahniah buat pekerja Pizza Hut Digital Mall. Jualan pizza hut digital mall sangat bagus walaupun pada hari-hari biasa.Tak faham kenapa ada orang suka sangat makan pizza? Hujung minggu memang sangat memenatkan kerana pelanggan akan datang berpusu-pusu terutama lunch hour. Pekerja akan menjadi sedikit kelam-kabut melayan customer dan mula merasai ketegangan bekerja. Apa-apapun, tak lama lagi saya akan resign kerana semester hadapan saya praktikal. Kerjaya sebagai guru akan mula dirasai tidak lama lagi. Semoga saya tidak salah memilih laluan hidup ini. Amin.

Sebelum saya terlupa, anda juga boleh menjadi CMS dengan melayari web www.gapbuster.com.my di mana anda akan memperolehi pendapatan sambilan. Semua barang yang anda beli boleh diclaim kembali dan anda akan mendapat lagi wang tambahan sebagai customer mistery. Jadi apa tunggu lagi cepatla memohon!